FILEM RIDE ON LAKONAN JACKIE CHAN, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama juga menunggu filem lakonan dari aktor terkenal dan kesayangan ramai ‘Jackie Chan’. Mana taknya pasti ramai suka akan lagak aksi yang dilakonkan oleh beliau.

FILEM RIDE ON

Dibawakan oleh Shanghai Pictures Sdn. Bhd. dan diedarkan di Malaysia oleh Lotus Five Star dengan rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing. Filem aksi komedi Jackie Chan RIDE ON bakal bermula ditayangkan di pawagam pada 13 April 2023.

Untuk kali ini kelainan yang diberikan oleh Jackie Chan. Aksi komedi bukan saja bersama manusia tetapi dengan seekor kuda. Ya betul seekor kuda!

SINOPSIS FILEM RIDE ON

Mengisahkan tentang kisah hidup seorang pelakon lagak ngeri atau ‘stuntmen’ bernama Luo (Jackie Chan) yang tinggal bersama kuda kesayangannya ‘Red Hare’.

Namun kehidupan kebahagian mereka mula terjejas bila mereka bergelut dengan masalah hutang dan diugut oleh pemungut hutang untuk melelong ‘Red Hare’.

Demi menyelamatkan ‘Red Hare’, Luo menghubungi anak perempuannya Bao (Liu Haocun) dan teman lelakinya Mickey (Kevin Guo) untuk meminta bantuan.

Tanpa diduga, aksi lagak ngeri kuda tersebut menjadi sensasi di media selepas pergaduhan sebenar mereka dengan pemungut hutang menjadi tular.

APA YANG ISTIMEWA TENTANG RED HARE

Red Hare seekor kuda yang tinggal bersama Luo (Jackie Chan). Dijaga dari usia kecil hingga dewasa dan keakraban antara keduanya seperti ayah dan anak.

Jika ditonton, Red Hare bukan saja ada tempat di hati Jackie Chan tetapi juga dengan para produksi. Kali ini masih ada lagak aksi, juga diselitkan komedi dan paling penting kekeluargaan.

Penulis dan Pengarah Larry Yang telah diberi peluang bekerja dengan ikon global antarabangsa Jackie Chan. Rupanya watak Jackie Chan yang selalu dilakonkan dari filem sebelum ini sebagai satu penghormatan kepada idolanya.

⭐⭐⭐⭐/5

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge