Swimming Pool Hatten Hotel Wajib Lihat Pemandangannya!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Swimming Pool Hatten Hotel Wajib Lihat Pemandangannya! | Ke mana kali ini..tapi dari tajuk mesti dah dapat teka bukan ?Mana lagi kalau bukan di Melaka di Hatten Hotel.

Apa kata jom kita check tingkat berapa swimming pool di sini? Memandangkan dah dirancang dari semalam hari ini jadi awal-awal lagi dah bangun. Semua turun ke bawah untuk sarapan pagi terlebih dahulu.

Agak terbabas dari masa dari nak bangun jam 7.30 pagi terbangun jam 8 pagi. Mana tak bilik gelap dan sejukkan !

image

Swimming Pool Hatten Hotel

Selepas bersarapan, terus balik ke bilik. Tukar baju untuk ke kolam renang. Acara wajib untuk kids setiap kali bercuti. Permintaan kedua beradik ini senang sahaja.

Tidak kisah menginap dimana asalkan ada swimming pool dah ok . Jadi sebelum membuat penempahan bilik hotel wajib pastikan ada swimming pool.

Yang menarik di swimming pool Hatten Hotel berada di tingkat atas sekali iaitu roof top(bumbung).

Swimming Pool Hatten Hotel

Nampak tak keindahan swimming pool ini. Lihat saja air yang biru dan bersih jua tenang. Kalau dah mula berenang mahu tak nak balik ya sebab seronok.

Cuaca kebetulan agak tenang dan terasa angin sepoi sepoi bahasa. Walaupun Hatten hotel berada di tengah kawasan bandar Melaka.

Nak tahu lokasinya ia adalah berhadapan di Dataran Pahlawan

Swimming Pool Hatten Hotel

Ada yang kata dari gambar saja dapat menceritakan kegembiraan seseorang bukan. Nampak tak disitu kerusi rehat pun ada di dalam swimming pool ye. Irfan yang tak terkira keluar masuk sampaikan menggigil masih lagi sambung berenang. Angin walaupun sepoi bahasa bila terkena diri mahu tak sejuk.

Keselamatan

Kalau dari segi keselamatan tak perlu risau. Insyallah buat ibu yang ada anak kecil bolehlah duduk sambil meneman. Nak swimming pool untuk anak-anak kecil pun ada juga dimana berdekatan dengan pintu masuk . Swimming dah lepas ni nak kemana pula ? Nak maklumat lanjut layari

Website 



1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge