Saksikan persembahan buat julung kalinya, Tomok & Siti Nordiana di pentas lautan yang dipersembahkan oleh Resorts World Cruises ‘LIVE MUSIC @SEA’.
‘LIVE MUSIC @SEA’
Syarikat pelayaran Resorts World Cruises dengan bangganya melancarkan ‘LIVE MUSIC @SEA’ dengan persembahan dari Tomok & Siti Nordiana di pentas lautan di atas kapal persiaran Genting Dream. Berpeluang menikmati pengalaman percutian unik dan baru.
TOMOK DAN SITI NORDIANA
“Sempena acara ‘LIVE MUSIC @ SEA’ oleh Resorts World Cruises, pihak kami gembira dapat berkolaborasi dengan dua artis yang sedang hangat di rantau ini seperti Tomok dan Siti Nordiana. Para peminat boleh mengambil kesempatan ini untuk bercuti, berlayar ssambil melawat destinasi popular seperti Melaka. Selain dari menyaksikan persembahan mereka dalam suasan yang unik dan berbeza iaitu di atas kapaL,”
-kata Encik Michael Goh, Presiden Resorts World Cruises
PERSEMBAHAN DUET YANG DINANTIKAN
Menggabungkan pelayaran 2 Malam Singapura – Melaka – Singapura (19 – 21 Januari 2025) dengan persembahan Tomok dan Siti Nordiana di atas kapal persiaran Genting Dream. Peminat-peminat yang belayar akan berpeluang menikmati persembahan duet yang belangsung selama sejam secara intim di panggung moden Zodiac yang berkapasiti hanya 999 penonton.
Duet antara Tomok & Siti Nordiana bakal dipersembahkan secara langsung pada hari kedua pelayaran pada 20 Januari 2025 – Isnin. Antara lagu hits solo dan lagu duet mereka iaitu ‘Memori Mungkin Berulang’ akan didendangkan
KONGSI NANA
“Nana teruja nak belayar bersama Tomok untuk persembahan pertama kami berdua di atas kapal
persiaran Genting Dream dan sempena permulaan tahun 2025. Pastinya menarik,”
-kata Siti Nordiana.
KONGSI TOMOK
“Tomok pun tak sabar-sabar untuk belayar dan bertemu dengan para peminat kami dan berharap
persembahan ini di atas kapal persiaran Genting Dream akan memberi pengalaman baru dan
kenangan manis bagi para peminat kami untuk selamanya,”
-ujar Tomok.
HARGA PAKEJ
Harga pakej percutian pelayaran 3 hari 2 malam ke Melaka termasuk tiket persembahan bermula dari harga RM 899/ SGD 269 seorang. Peminat bertuah juga berpeluang bertemu [Meet & Greet] dengan Tomok dan Siti Nordiana semasa belayar di atas kapal.
RESORTS WORLD CRUISES
Sebagai Kapal Pesiaran ‘Mesra Halal’ yang mengikuti Standard OIC/SMIIC* Pertama di Dunia, pengembara atau pelancong Muslim akan mendapat akses kepada makanan dan minuman yang halal, khusus di restoran The Lido, yang turut menyediakan masakan vegetarian dan Jain.
Ruang solat juga disediakan di atas kapal untuk kemudahan tetamu yang beragama Islam. Tawaran eksklusif lain yang menarik juga disediakan untuk tetamu termasuk persembahan pentas antarabangsa yang menakjubkan dan tayangan filem-fillem.
Ada juga taman tema air di laut dengan kolam dan 6 gelongsor air, laluan tali dan ‘ziplines’, ‘rock climbing’, penyediaan aktiviti rekreasi untuk seisi keluarga dan banyak lagi.
Website Resorts World Cruises|