BUFET RAMADAN MENARA KUALA LUMPUR 2022 KEMBALI, BEST!

BUFET RAMADAN MENARA KUALA LUMPUR 2022 KEMBALI, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Menyedari keistimewaan bulan Ramadan Al-Mubarak 1443 Hijrah yang bakal tiba tidak lama lagi, Menara Kuala Lumpur kini kembali.

Kembali tahun ini dengan mengadakan Bufet Ramadan dengan konsep ‘Sajian Nostalgia Kampungku’.

Bakal bermula 4hb hingga 24hb April 2022, dari jam 6.00 petang hingga 9.30 malam di Dewan Bankuet Megaview, TH03, Menara Kuala Lumpur.

BUFET RAMADAN MENARA KUALA LUMPUR

Konsep ‘Sajian Nostalgia Kampungku’ dipilih pada tahun ini. Bersesuaian dengan juadah yang disediakan kepada para tetamu iaitu sajian daripada pelbagai negeri di Malaysia.

Antara menu istimewa yang disediakan adalah Nasi Beriani Johor, Opor Daging Pahang, Ikan Masak Gulai Pantai Timur, Ayam Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan.

Pelbagai jenis sajian antarabangsa dan tempatan yang pastinya lazat dan menyelerakan.

Selain ianya dapat mengimbau semula nostalgia masakan kampung halaman para pengunjung yang datang.

BERBUKA DI KETINGGIAN 288 METER

Sambil menikmati juadah berbuka di ketinggian 288 meter, para pengunjung juga dapat melihat panorama Kuala Lumpur yang sangat indah pada waktu matahari terbenam.

Bukan itu sahaja, sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, para pengunjung juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu ‘The Sky Band’.

HARGA BUFET RAMADAN MENARA KUALA LUMPUR

Bagi Bufet Ramadan tahun ini,

Dewasa : RM 125 [Weekdays] / RM 160 [Weekend]

Kanak- Kanak : RM 70 [Weekdays] / RM 90 [Weekend]

Untuk yang ingin mendapatkan harga ‘Early Bird’ sebanyak 20% diskaun dimana tawaran sehingga 25 Mac 2022 adalah

Dewasa : RM 88 [Weekdays] / RM 128 [Weekend]

Kanak- Kanak : RM 40 [Weekdays] / RM 72 [Weekend]

Kemasukkan adalah percuma untuk kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah (sehingga 4 orang sahaja) dan harga untuk kanak-kanak ke-5 dan seterusnya adalah RM50 seorang.

PROMOSI SKY DECK

Menara Kuala Lumpur turut menawarkan harga promosi ke SKY DECK bagi setiap pembelian pada hari yang sama, iaitu dengan hanya RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

PROMOSI TOWER WALK 100

Tiket tambahan ke tarikan terbaharu iaitu TOWER WALK 100 pula adalah pada harga RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. 

Jangan ketinggalan untuk merebut tawaran istimewa dan rasai kelainan berbuka puasa di puncak Menara Kuala Lumpur pada tahun ini.

Jangan risau dimana Menara KL akan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pembersihan secara berkala telah dilakukan bagi memastikan kebersihan terjamin di seluruh kawasan premis.

Website | Facebook | Contact : 03 2020 5499

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge