Beaconhouse International Student Convention (BISC 2018) di Oman 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Beaconhouse International Student Convention (BISC 2018) di Oman |Beaconhouse Malaysia antara yang cemerlang sewaktu berlangsungnya Beaconhouse International Student Convention (BISC 2018) baru-baru ini di Muscat, Oman. Tahun lepas telah diadakan di Malaysia jadi kali ini di Oman pula .Di convention ini seramai 200 pelajar dari lima negara iaitu Malaysia, Oman, Pakistan, Filipina, dan Thailand telah mengambil bahagian dengan menghantar wakil untuk bersaing dalam acara yang dipertandingkan.

Entri Beaconhouse International Student Convention (BISC2017)

Di hoskan oleh Puan Zeba Masood, Pengetua Sekolah Beaconhouse Muscat. Para tetamu jemputan diantaranya Puan Nasreen Kasuri, Pengerusi Beaconhouse Group bersama dengan Kasim Kasuri, Ketua Eksekutif Beaconhouse Group bersama-sama dengan tetamu kehormat HH iaitu Sayyid Faris bin Fahar al Said, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak Al Suwaiq, dan juga Duta Pakistan ke Oman iaitu Ali Javed . Beaconhouse International Student Convention berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Mucat – Oman.

BISC just keeps getting better each year and we are proud to be the agent that unites students from around the world to compete, to learn, to have social and cultural exchanges and to create lasting friendships. We are able to offer this to our students as we have a vast network of schools that spans from Europe to Asia. This ability to use our network to offer experiences to our students is what sets us apart from the rest,”

 kata  Kasuri

“Multiple Literacies for a World of Tomorrow” – Tema yang di pilih untuk tahun ini dimana pelbagai aktiviti terutama sekali dalam bidang pembelajaran telah dipertandingkan . Beberapa segment telah di bahagikan seperti sukan,olahraga, sains, teknologi seni visual serta pembikinan filem. BISC mempunyai manifestasi ideologi untuk mendorong pengajaran dan pembelajaran konvensional tanpa sempadan dalam empat dinding kelas. Ia bertujuan untuk mewujudkan komuniti global, yang mana pelajar dari sekolah Beaconhouse di seluruh dunia berpeluang untuk berinteraksi biarpun budaya yang berbeza.

Beaconhouse Malaysia

Bersama delegasi membawa seramai 42 pelajar dan 6 pegawai pengiring.Mereka yang terpilih adalah dari Beaconhouse Sri Inai, Beaconhouse Sri Murni, Beaconhouse Sri Lethia, dan Newlands International School. Antara acara yang disertai adalah

  • acara renang (lelaki dan perempuan),
  • Futsal (lelaki dan perempuan),
  • Ping Pong (lelaki dan perempuan),
  • Atletik (lelaki dan perempuan)
  • Bola Keranjang (lelaki dan perempuan). 

Pengurus Team Ms Nicki Coombs yang juga Pengetua Sekolah Antarabangsa Beaconhouse Newlands di Kuala Lumpur berkata

“The Malaysian team displayed great athleticism, discipline and sportsmanship. Although it was friendly, the competitive spirit was high with every student vying to come out tops to make their home countries proud.”

Semangat bertanding di asah sejak November 2017 dimana masing- masing memberi komitmen 100% bagi memastikan prestasi cemerlang di BISC 2018. Bukan itu saja , ucapan terima kasih pada jurulatih mereka iaitu S. Ashok Kumaran, Kugendran Murugeesan, Johnson Cheong dan Rachael Sarah Ford di atas tunjuk ajar mereka buat anak-anak ini . Dengan tunjuk ajar jurulatih ini , wakil Malaysia di BISC 2018 telah berjaya membawa pulang  8 pingat emas, 10 perak dan 8 gangsa dalam aktiviti yang dipertandingkan. Dalam pertandingan yang lain, Malaysia mencapai yang terbaik dalam BISQUIZ, perak untuk BISC Talk dan Bronzes untuk Biennale, Exploratorium dan BISC Idol.

Dalam sukan  pula, pasukan Malaysia merangkul emas untuk Bola Keranjang, satu untuk acara atlentik (perempuan) dan satu untuk acara kuiz . Manakala perenang Simon Peter membawa pulang 5 pingat emas dan telah dianugerahkan sebagai PerenangTerbaik untuk BISC 2018. Indii Choon dari pasukan Bola Keranjang lelaki juga telah dinobatkan sebagai Pemain Bola Keranjang Terbaik. Tahniah buat wakil Malaysia untuk BISC 2018, anda memang hebat tidak kira dari segi mana sekali



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge