Kids Fair di DC Mall (Damansara City Mall) Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kids Fair di DC Mall (Damansara City Mall) Sempena Cuti Sekolah|Walaupun sudah seminggu cuti sekolah berlalu tetapi baru kini KP berkesempatan untuk berkongsi tentang aktiviti yang anak-anak lakukan. Berlangsung pada 19 dan 25 Mac 2018 yang lalu di DC Mall atau lebih dikenali dengan Damansara City Mall, pelbagai aktiviti menarik untuk anak- anak dari seusia 1 tahun hinggalah ke 12 tahun

Aktiviti di Kids Fair kali ini mengajak anak-anak untuk lebih berkerjasama dan berinteraksi bersama rakan lain . Antara aktiviti yang ada seperti Mr. Bean, workshop bersama Mad Scientist, bengkel belajar ukulele dan juga Kinder Dance. Ada juga Colouring workshop, Smartreader Workshop, LED Bumper Car Ride dan juga Kinetic Sand By Play Sand

Aktiviti yang memang digemari oleh anak-anak KP adalah Workshop bersama Mad Scientist. Kenapa menyukainya kerana banyak perkara baru di pelajari terutama sekali dalam bidang sains. Of courselah sains dah nama Mad Scientist bukan ? Tenaga pengajar pun peramah dan senantiasa memastikan yang anak-anak memberi perhatian dan membantu bila perlu.. Yang sempat KP rakamkan dan paling best apabila dapat DIY bookmark sendiri dengan bahan-bahan yang selalu digunakan di rumah

Cara membuat balloon scuplture pun di ajar.. buat pistol senang rupanya

Ini adalah tenaga pengajar. Irfan dengan DIY bookmark bersama balloon pistol dan Qurratul yang senantiasa menemani adik dengan balloon pedang 

Sudah dengan workshop Mad Scientist , beralih pula untuk Ukulele Workshop. Ukulele adalah antara jenis gitar tetapi bila dipetik , irama tidaklah sama seperti gitar biasa. Tali gitarnya pun kurang dan saiz ukulele pun comel. Bila anak-anak bermain ukulele memang nampak comel tetapi bukan senang untuk di pelajari. Tanpa pembelajaran yang konsisten bakal sumbang juga bunyinya

Abang Jason mengajar asas nota muzik ukulele dengan cara yang menyeronokkan dan ada yang ingin kesinambungannya. Senang rupanya jika faham akan asas notanya. Sempat bergambar bersama selepas workshop berakhir.

Untuk anda yang mempunyai anak kurang dari 4 tahun yang tidak berminat dengan workshop yang ada boleh juga bermain LED Bumper Car Ride. 

Yang ini boleh di drive sendiri atau menggunakan remote bagi mereka yang tidak pandai untuk membawanya

Balloon Sculpture with clown dan ms Kitty tenaga pengajar untuk Kindy Dance . Aktiviti menari selama 1 jam walaupun pada mula segan dan malu akhirnya semua turun untuk menari sekali. Kenapa kerana langkah atau step yang di ajar agak mudah di fahami.

Kinetic Sand

Caj dikenakan adalah RM 15 seorang dan anak- anal boleh bermain kinetic sand dengan membina apa sahaja yang disukainya;

Sebelum berakhir hari KP bersama anak-anak di Kids Fair, sempat lagi join colouring workshop. Mana anak-anak KP ? Masing- masing dah lari bila KP nak ambil gambar sebab kepenatan selepas turut serta dalam Kindy Dance 

Haa.. agak agaklah kan .. ada tak serupa macam Mr. Bean. Dari sampai hinggalah penghujung hari Irfan asyik kata muka abang nie serupa dengan Mr. Bean. Nasib baiklah dapat juga bergambar sekali . Kalau pakai pakaian Mr. Bean mesti nampak lagi best. Keseluruhannya, aktiviti di Kids Fair memang sesuai di anjurkan dengan lebih kerap agar dapat menghabiskan masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Kids Fair di DC Mall dianjurkan oleh Scoops Mediacom

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge