Awagyu Restaurant Hidang Makanan Jepun Atau Western?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hakikatnya tidak ye. Sebenarnya menyediakan hidangan makanan Jepun. Yang menarik adalah hidangan di sini menggunakan daging Wagyu. Pasti anda tahu bukan daging lembu ini dikatakan mahal tetapi apabila di masak nikmatnya memang lazat.
 

 

Awagyu Restaurant

Terletak di Jalan Dato’ Abdullah Tahir, Johor Bahru berdekatan dengan New York Hotel. Dengan persekitaran yang selesa dan suasana yang menyenangkan antara cara untuk menikmati daging Wagyu

Dibuka setiap Ahad- Khamis – 12 pm – 2.30 pm & 5.30 pm – 10.30 pm. Manakala untuk Jumaat – Sabtu – 12 pm – 2.30 pm & 5.30 pm – 12.30 am.

 

Dekorasi 

Untuk menikmati hidangan seperti daging wagyu yang amat berharga pastinya persekitaran mestilah selesa bukan? Tapikan ada saja tempat yang masih menyediakan hidangan menggunakan daging wagyu yang berpatutan seperti Awagyu Restaurant.
Walaupun tidak mempunyai tingkap tetapi mempunyai dekorasi yang cantik dan menawan seolah-olah seperti berada di Jepun. Ambil gambar OOTD cantik nie.
 
Ini adalah diantara ruang makan untuk anda nikmati seperti yakiniku (barbeque Jepun) atau hidangan biasa.
 

Tatami Room

Tatami Room boleh memuatkan seramai 8 orang pada satu masa. Yang ini memang merasai seperti di Jepun kerana kena duduk bersila di atas kusyen dan meja rendah .

 

Teppanyaki Room

Yang ini pula boleh memuatkan 10 orang dalam satu masa. Kalau anda biasa makan teppanyaki anda akan tahu dimana di sini chef akan memasak secara live untuk hidangan yang anda pesan.

Private Room

Lebih kepada privasi dan eksklusif dimana ianya berada di tingkat atas . Boleh memuatkan 12 orang tetamu pada suatu masa.

 

Halal ke ?

Memandangkan sekarang hangat diperkatakan tentang daging halal, di sini KP kongsikan sijil Halal yang diperolehi. Awagyu Restaurant mendapat perakuan Halal dari NPO Japan Halal Association salah satu badan Halal yang diperakui sah oleh JAKIM. Selamat untuk dimakan oleh orang Islam.
 
 
Daging wagyu yang di sediakan di sini adalah 100% diimport dari Tokushima Jepun. Semestinya berkualiti tinggi dan hidangan menjadi lebih sedap dan segar.
 

 

Kenapa Wagyu?

Kalau anda nak tahu yang Wagyu ini sebenarnya dari perkataan Jepun. Mesti ramai yang tak tahu bukan? Wagyu adalah daging lembu Jepun.
 
Wa- perkataan dari Jepun dan Gyu – perkataan daging lembu. Bila digabungkan menjadi Wagyu. Daging ini antara menjadi pilihan kerana mempunyai khasiat tinggi walaupun lemak dan isi daging sama banyak.
 
 

Set Lunch di Awagyu Restaurant

Kalau anda ke sini dan gusar untuk memesan makanan, apa kata cuba hidangan ini. Set makan tengahari a.k.a set Lunch cuma RM68.00++ satu set. Set lengkap dengan Stew Wagyu, Oyster , Fish.  Chawanmushi, Fragrant Japanese Rice , Miso Sup, Salad dan Buah-buahan

Lengkap dari kiri ke kanan semua-nya cukup dan menyelerakan. Makan pun ada caranya ye, dari kiri ke kanan.

Stew Wagyu –

Rugi tak mencuba. Tengok saja hidangan ini dan sewaktu Chef masak dah terliur.  Hirisan daging wagyu ini dimasak dan masih lagi terasa kemanisan dagingnya.
 
Kalau nama dah daging wagyu masak apa pun memang lazat seperti harganya juga. Hirisan daging dimasak dengan sos tersendiri membuatkan KP yang makan nak tambah lagi.
 
Daging kalau di hiris tebal susah nak masak dan liat. Yang ini langsung tak terasa liatnya. Gigit pun lembut saje.
 
Ikan isi lembut, segar dan terasa seperti di perap walaupun tidak sebenarnya. Chef masak depan KP ye. Nak kena tanyalah apa rempah atau serbuk yang digunakan. haahha
 
Ini kali pertama mencuba makan tiram goreng. Biasa makan yang belum dimasakkan. Walau di goreng rasa kesegaran-nya. Cicah dengan wasabi sikit lagi cunz!
 

Chawanmushi

Hidangan kastard telur yang terdapat di Jepun. Akan jumpa menu ini dimana-mana restaurant Jepun. Ianya dimakan sebagai hidangan untuk dinikmati. Mempunyai isi seperti jejari ketam ataupun ayam. Bukannya pemanis mulut ye!

Miso Sup

Sup tradisional Jepun yang terdiri daripada stok dashi di mana pasta miso yang lembut dicampurkan. Wajib dinikmati panas-panas ye. Makan begitu saja pun boleh , atau nak makan dengan nasi putih.
 
Nasi putih di sini dimasak dengan menggunakan beras wangi dari Jepun. Jadi bila buka penutup-nya terserlah bau wangi nasi yang dimasak.
 

Bahagian Yang Sedap

Daging Wagyu jika di Jepun biasanya digunakan dalam hidangan seperti sukiyaki dan steak. Steak disini bermaksud yakiniku (barbeque Jepun). Ianya adalah salah satu kaedah terbaik untuk menikmati dan mencubanya. Tahukah anda yang setiap jenis potongan mempunyai rasa dan aroma unik tersendiri.

Nampak tak? Kebiasaanya cuba sir loin atau rib eye. Rupanya ada lagi bahagian yang lebih sedap.
Sebelum terlupa kalau boleh sebelum datang buatlah reservation atau booking dulu. Takde lah nak gigit jari nanti datang tapi dah ‘full house’.  Ada dua seisi untuk dipilih sama ada
12 tengahari – 1.30 petang
1.30 petang – 2.45 petang.
Kalau nak tahu lebih lanjut apa kata datang sendiri dan cuba set Lunch di Awagyu Restaurant. Maklumat lanjut boleh layari di
 

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge