Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jika semalam KP menikmati makan malam Mediterannean, kali ini KP mencuba sarapan pagi pula. Katanya nasi lemak The Haven Ipoh antara yang menjadi perhatian dan tumpuan. Di galakkan untuk mencuba dan rasa sendiri kelainannya. Jadi sebelum kita pergi “morning walk” jom ke cafe The Haven Ipoh untuk mencuba menu yang di rekomenkan
Antara makanan yang di hidangkan
Mihun goreng

Mee goreng dan mee sua.
Mee Sua ini adalah kali pertama KP mencuba. Bagi KP mee-nya agak kenyal tetapi sedap pula di makan kerana di goreng bersama bahan-bahan seperti fishcake, udang, dan sayur-sayuran
Nasi Lemak
Ini adalah nasi lemak yang di rekomenkan oleh staff di sini sewaktu KP menginap disini. Nasi lemak ini adalah yang mencuri tumpuan untuk menu sarapan pagi di sini. Apakah kelainannya? Nak tahu kenalah cuba sendiri baru best 




Roti Bakar
Bahan-bahan roti bakar. Dari mentega , jem strawberry mahupun jem apricot




Telur
Seperti di restoran atau kafe tidak kira di mana sarapan pagi tidak lengkap jika tiada menu telur bukan. Di sini cuma telur setengah masak sahaja tidak di hidangkan.
Telur hancur


Bubur
Menu wajib KP mencuba di mana-mana kafe di mana KP menginap. Ini kerana tekstur bubur itu sendiri akan menjadi tonggak utama sedap ke tidak selain dihiasi dengan bahan sampingan. Yes… tekstur bubur memang terbaik. Tidak terlalu masin dan terlalu pekat.
Bahan sampingan untuk bubur
Bawang goreng




Salad
Pada yang diet, tidak suka mengambil makanan berat sewaktu pagi ada juga salad di sediakan. Bahan-bahan yang digunakan segar dan terbaik. Pilihlah sahaja yang mana satu
Buah tomato




Buah-buahan
Tembikai susu





Secara jujur, KP memang puas hati menikmati sarapan pagi di sini. Bersebelahan dengan swimming pool dan juga dengan keindahan alam di sini. Bersama family dan anak-anak menghabiskan masa kami dan mengeratkan hubungan antara kami.
#kitepunye #kitepunyedotcom #sarapanpagi #thehavenipoh








