AIM25 UMUM CALON 5 AKHIR, SIAPA YANG BAKAL MENANG?

AIM25 Umum calon 5 akhir! 135 nama berebut 32 kategori anugerah!

TROFI AIM25 MILIK SIAPA?

Siapa bakal bawa pulang trofi AIM25? Debaran makin terasa apabila Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) mengumumkan senarai Calon 5 Akhir bagi 32 kategori Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25).

AIM25 UMUM CALON 5 AKHIR

Untuk edisi Jubli Perak ini, sebanyak 600 pencalonan diterima bagi karya yang diterbitkan sepanjang tahun 2025. Daripada jumlah tersebut, 135 calon berjaya mara ke peringkat 5 akhir.

SIAPA YANG PILIH CALON AIM25?

Senarai Calon 5 Akhir ini ditentukan menerusi proses penjurian yang diketuai oleh Ketua Juri, Ajai, bersama panel pengamal dan pakar daripada pelbagai bidang dalam industri muzik Malaysia.

AIM25 UMUM CALON 5 AKHIR

Menariknya, markah penjurian turut diaudit secara bebas bagi memastikan proses pemilihan berjalan dengan telus dan berintegriti. Jadi, bukan sekadar siapa yang popular — karya dan pencapaian sepanjang tempoh pencalonan turut menjadi perhatian juri.

AIM25 ADA 2 KATEGORI BAHARU

Tahun ini AIM25 tampil dengan dua kategori baharu yang cukup menarik.

LAGU BORNEO TERBAIK

Memberi pengiktirafan kepada karya yang membawa budaya, bahasa, tradisi dan identiti unik Sabah serta Sarawak.

LAGU PERAYAAN TERBAIK

🎉Untuk karya yang mengetengahkan kegembiraan, nilai dan tradisi sambutan perayaan di Malaysia. Memang kena dengan AIM25 yang bakal berlangsung buat pertama kali di Sarawak.

AIM25 UMUM CALON 5 AKHIR

SATU KATEGORI TAK DIPERTANDINGKAN

Untuk AIM25, kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Antarabangsa tidak akan dipertandingkan tahun ini.

AIM25 UMUM CALON 5 AKHIR

Ini kerana jumlah penyertaan yang memenuhi syarat bagi kategori tersebut adalah terhad. Bagaimanapun, RIM menyatakan kategori ini akan dinilai semula untuk edisi AIM akan datang.

Dengan pelarasan tersebut, AIM25 akan mempertandingkan 32 kategori, selain Anugerah Khas Sri Wirama.

26 SEPTEMBER, KITA TENGOK SIAPA MENANG!

Selepas pengumuman Calon 5 Akhir, kini perhatian pastinya tertumpu kepada malam kemuncak AIM25. AIM25 akan berlangsung pada Sabtu, 26 September 2026 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak.

AIM25 UMUM CALON 5 AKHIR

Lebih menarik, ini merupakan kali pertama AIM dianjurkan di Sarawak sempena sambutan Jubli Perak.

Jadi, siapa agaknya bakal mencipta kejutan dan bawa pulang trofi AIM25 tahun ini? 👀

Jawapannya kita tunggu pada 26 September!