SINGLE AZEVA ‘TANPA RASA JEMU’ JADI OST FILEM ‘BISIKAN NAFSU’

Azeva lancar single sulung ‘Tanpa Rasa Jemu’ yang menjadikan OST Filem Bisikan Nafsu

SINGLE AZEVA ‘TANPA RASA JEMU’

Single pertama, terus jadi OST filem! Penyanyi baharu Azeva kini memulakan langkah dalam industri muzik menerusi lagu “Tanpa Rasa Jemu”.

SINGLE AZEVA 'TANPA RASA JEMU'

Menariknya, lagu ini bukan sekadar single sulung Azeva, tetapi turut dipilih sebagai runut bunyi (OST) filem ‘Bisikan Nafsu’ yang bakal ditayangkan di pawagam pada 1 Oktober 2026.

KISAH CINTA YANG TAK MUDAH BERPUTUS ASA

“Tanpa Rasa Jemu” membawa cerita tentang kasih sayang dan kesetiaan tanpa syarat.

Lagu ciptaan Zul 2By2, Aiman dan Madi Mulyadi ini pula menggunakan lirik hasil tulisan ibu Azeva sendiri, Datuk A. Aida. Bagi Azeva, itu yang menjadikan lagu ini lebih istimewa.

SINGLE AZEVA 'TANPA RASA JEMU'

Katanya, daripada beberapa lagu yang diterima, “Tanpa Rasa Jemu” terus menarik perhatiannya kerana susunan muzik, lirik dan dinamik lagu yang dirasakan begitu dekat dengan dirinya.

DARI STUDIO, AZEVA BANYAK BELAJAR

Menariknya, Azeva tidak mempunyai pengalaman menyanyi secara profesional ketika memulakan rakaman lagu ini.

Sepanjang proses tersebut, dia banyak belajar tentang teknik vokal, sebutan dan kawalan suara, termasuk mengikuti kelas vokal untuk meningkatkan keyakinan ketika membuat persembahan secara langsung.

SINGLE AZEVA 'TANPA RASA JEMU'

Jadi, “Tanpa Rasa Jemu” bukan sahaja menjadi single pertama, tetapi juga sebahagian daripada proses Azeva membina identitinya sebagai penyanyi.

SESUAI DENGAN CERITA ‘BISIKAN NAFSU’

Dalam filem ‘Bisikan Nafsu’, lagu ini menjadi latar kepada kisah seorang lelaki yang tetap mencintai pasangannya walaupun berdepan ujian yang berat.

SINGLE AZEVA 'TANPA RASA JEMU'

Bagi Azeva, mesej lagu ini sebenarnya lebih luas.

Ia bukan hanya tentang cinta pasangan, tetapi juga boleh dikaitkan dengan kasih sayang keluarga yang sentiasa menerima dan menyokong tanpa mengenal penat atau jemu.

INI CUMA PERMULAAN?

“Tanpa Rasa Jemu” nampaknya baru permulaan.

Azeva mendedahkan dua lagi projek sedang dirancang, termasuk versi baharu lagu “Sejiwa” yang mempunyai nilai sentimental buat keluarganya serta sebuah lagu OST untuk animasi.

SINGLE AZEVA 'TANPA RASA JEMU'

Single “Tanpa Rasa Jemu” terbitan bersama Nova Music Malaysia dan A. Aida Production kini boleh distrim di semua platform penstriman muzik.

Muzik videonya pula boleh ditonton menerusi saluran YouTube Nova Music Videos.

Azeva baru bermula. Tapi nampaknya, memang banyak lagi yang bakal kita dengar daripada penyanyi muda ini. ❤️