ARA JOHARI COMEBACK DENGAN SINGLE TETAP AKU CINTA




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ARA JOHARI COMEBACK DENGAN SINGLE TETAP AKU CINTA | Ara Johari kini kembali dengan single terbaru! Dalam setahun juga menghilang, penyanyi yang terkenal dengan hit ‘Bunga’.

ARA JOHARI

Penyanyi genit bersuara lantang, yang juga Naib Juara AJL Ke-32, Nurfarrah Izzatie Johari. Lebih dikenali dengan nama pentasnya, Ara Johari. Kini kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Tetap Aku Cinta’ setelah hampir setahun menyepi.

“Ara sebenarnya tak menghilang dan masih lagi aktif menyanyi. Cuma mengambil masa mengumpul material yang sesuai untuk single yang seterusnya.

Pada masa yang sama sedang sibuk menguruskan perniagaan makanan yang baru dijalankan pada bulan Disember tahun lalu.

“Alhamdulillah kini Ara bersedia membuat comeback single terbaru yang dinanti-nantikan oleh peminat di luar sana . Segala rangka promosi yang telah diaturkan oleh pihak pengurusan,”

-kata Ara Johari.

TETAP AKU CINTA


Tetap Aku Cinta yang bergenre balada rock moden. Dicipta oleh komposer dan penulis lirik hebat tanah air, Amy Bong dan Furhan, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment. Tentang cinta terhadap seseorang yang dikasihi.

“Ia mengisahkan tentang seseorang yang menghargai cinta terhadap kekasihnya. Dengan menyerahkan sisa-sisa hidupnya bersama, walau pelbagai rintangan yang datang. Namun dia tetap setia sehingga ke akhirnya.

“Lagu ini sememangnya diberikan khusus kepada Ara Johari oleh Amy dan Furhan sendiri. Manakala idea bagi susunan muzik pula datangnya daripada Ara sendiri. Ini kerana Ara mahukan sesuatu yang berbeza.

Ini juga merupakan kolaborasi kedua bersama mereka selepas Racun Hati,”

– jelas anak kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan ini.

“Sudah hampir setahun Ara tidak muncul dengan mana-mana single. Kini masa yang sesuai untuk Tetap Aku Cinta dilancarkan buat peminat-peminat Ara dan penggemar muzik Malaysia. Saya yakin single terbaru ini bakal menandingi hit Bunga yang sangat fenomenal tak lama dulu.”

-kata Ketua Label Rocketfuel Entertainment, En. Feros Sayn.

PROSES RAKAMAN SINGLE

Proses rakaman single Tetap Aku Cinta telah dilakukan di Studio MFMF sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang diwartakan oleh Perdana Menteri Malaysia

.“Nasib baik lagu ini sempat dirakamkan sebelum PKP 2.0. Namun begitu video muzik (MV) tak dapat disempurnakan lagi. Kami hanya mampu menghasilkan lirik video buat masa sekarang, In Shaa Allah, MV yang penuh bakal menyusul tak lama lagi,”

-sambungnya lagi.

“Cabaran terbesar sepanjang bergelar anak seni adalah lagu yang bakal dikeluarkan. Amat penting untuk menarik minat orang untuk mendengarnya.

Ara takut kalau-kalau ada yang tak memuaskan hati pendengar, yalah kita tak dapat memuaskan halwa telinga semua orang.

“Pandangan umum juga berbeza, kalau dulu sebelum bergelar penyanyi tak siapa yang kenal. Kini setiap gerak-geri kita diperhatikan.

Kadangkala tingkah laku kita disalahertikan dan menjadi buah mulut orang, namun Ara percaya jika kita jujur dalam melakukan sesuatu, ia pasti berhasil,”

Lagu ‘Tetap Aku Cinta’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan, Selain itu juga boleh dengari pada bila-bila masa melalui penstriman atas talian. Antaranya ; Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer,

Lirik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran

YouTube Rocketfuel Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Related Post