Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
ALBUM KHAI BAHAR ZIKIR DAMBA KETENANGAN SOLD OUT! | Alamak betul ke dah ‘sold out. Kalau sold out melepas-lah apa pun KP nak kongsi juga pasal albim nie.
KHAI BAHAR
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi sorang ni. Lantunan vokal lunak merdu menjadi igauan terutama wanita-wanita di luar sana. Membawa lagu bergenre balada boleh tak tidur malam jika mendengar.
Buktinya, setiap kali Khai, 27, atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin muncul dengan single pasti mendapat sambutan hebat. Bukan itu saja akan berada dalam kedudukan teratas carta.
Sokongan padu peminat terhadap kerjayanya sebab Khai Bahar antara penyanyi muda yang berjaya dan berada di kelas tersendiri.
Selain mencuri tumpuan menerusi lagu balada, suara Khai juga membuatkan hati peminat ‘cair’ setiap kali dia menyanyikan lagu nasyid.
ZIKIR DAMBA KETENANGAN
Muncul dengan lagu Setanggi Syurga 2020 kolaborasi bersama kumpulan nasyid popular Inteam tpada tahun 2020. Kini yang terbaharu Khai memberikan buah tangan istimewa buat seluruh peminat tercinta.
Malah, penerbitan album Zikir Damba Ketenangan oleh syarikat rakaman 17 Eleven Music diibaratkan sebagai hadiah buat mereka yang sudah lama menantikan dia muncul dengan lagu ketuhanan dan zikir.
Album yang mula dijual secara pra tempahan di Shopee sejak 5 April lalu habis terjual selama tiga hari berturut-turut. Maksudnya betul lah ‘sold out’?
BERAPA LAGU ZIKIR?
Album Zikir Damba Ketenangan itu memuatkan lima zikir. Ada satu lagu bonus penuh berjudul Perpisahan. Hasil ciptaan sepenuhnya Rudy Nastia, Shamin Nazri dan Adi Pawana.
Lima zikir yang dimuatkan kali ini. Hasbi Rabbi Wa Nabiy, Astaghfirullah, Hasbunallah , La Ilaha Illallah dan Ya Zal Jalali Wal Ikram.
“Album ini saya dan Dr Azrul sudah rancang lama di mana memang nak keluarkan pada bulan Ramadan. Alhamdulilah, tahun ini terlaksana juga. Album ini mengandungi lima zikir dan satu lagu penuh.
400 UNIT HABIS TERJUAL
“Sebelum album ini dilancarkan secara rasmi, syarikat penerbitan buka pra tempahan dulu. Pada hari pertama sebanyak 100 unit habis terjual. Hari kedua pun tambah 100 unit sama juga.
Pada hari ketiga menambah 200 unit pula masih sama semuanya habis. Syukur alhamdulillah.
“Sejujurnya, tidak ada sasaran nak jual berapa unit. Selagi ada permintaan, kita akan terus juga.
Bagi album digital pula, insya Allah dalam bulan Ramadan ini sudah boleh dilanggan,”
-katanya
CABARAN RAKAMAN
Berkongsi mengenai cabaran mengalunkan zikir dalam album itu dia perlu berhati-hati dalam setiap sebutan.
“Cabarannya adalah, saya ada masalah nak sebut dengan makhraj yang betul. Apabila zikir ini nak dirakam dan diterbitkan, jadi saya kena sebut dengan betul.
Salah sebut, maksud lain pula. Sebab itu kena berhati-hati.
“Alhamdulillah, saya banyak dibantu oleh Dr Azrul sepanjang proses rakaman. Dia yang memantau sebutan saya.
Sebelum ini lagu Melayu, tidak ada masalah. Tapi apabila membabitkan sebutan perkataan Arab, memang ambil masa juga nak rakam. Tanda baca kena betul,”
-sambungnya lagi.
BONUS TRACK – PERPISAHAN
Khai berkongsi dimana ‘bonus track’ lagu Perpisahan adalah lagu ketuhanan yang mengajak semua orang untuk ingat kematian.
“Kenapa Perpisahan ? Sebab saya nak kita semua sentiasa ingat kepada kematian.
Bukan saja saya yang menyanyikan lagu ini. Tetapi semua tanpa mengira usia, pangkat, darjat, kedudukan atau status.
Baca: Amalan Zikir Sepanjang Anak Menghadapi Peperiksaan
VIDEO LAGU PERPISAHAN
“Saya fikir, sebagai manusia biasa pengakhiran kira tetap sama iaitu kematian. Cuma, bila dan bagaimana hanya Allah saja yang tahu.
Disebabkan itu, dalam lagu ini ia memberi peringatan kepada kita. Dalam masa sama, lagu ini sangat sesuai untuk Ramadan ini,”
-ceritanya lagi yang kini terbabit dalam drama Kisah Cinta Rumi.
SIAPA DR AZRUL ?
“Lagu ini sebenarnya untuk mengingatkan pada diri sendiri. Kematian itu pasti dan boleh datang pada bila-bila masa.
Saya bertanya dan minta pandangan Khai di mana nak buat lirik lagu ini mengenai mati. Khai terus cakap bagus sebab boleh ingat mati.
Jadi, dari situlah permulaan bagaimana lirik ini terhasil selepas saya kehilangan ayah dan sahabat, Fadly.
“Saya terfikir diri ini banyak dosa. Kalau meninggal dalam keadaan lupa Tuhan, tak taulah macam mana di akhirat nanti.
Lagu ini mengingatkan diri sendiri dan semua orang bahawa kematian itu pasti . Juga boleh datang pada bila-bila masa. Sudahkah kita bersedia?”
-kongsi komposer lagu Perpisahan, Dr Azrul.
Video muzik lagu Perpisahan boleh di layari di saluran YouTube Seventeen Eleven Music