APLIKASI SUJOOD MUDAHKAN UNTUK BERSEDEKAH, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Masing-masing mengejar untuk mencari pahala terutamanya 10 hari terakhir Ramadan. Dikatakan jika bersedekah dalam bulan Ramadan berganda pahalanya.
Sedekah sebenarnya tidak kira masa, tidak kira hari mahupun bulan. Bila-bila pun boleh tapi yang penting kenalah ikhlas dan melalui platform yang betul. Terutama sekarang semuanya dihujung jari sahaja.
APLIKASI SUJOOD
Untuk diriku sendiri, lebih suka pada yang dihujung jari. Jimat masa dan boleh dilakukan bila-bila masa. Pasti ada yang setuju bukan?
PELBAGAI PILIHAN
Aplikasi ini diantara yang direkomenkan kerana mempunyai pelbagai pilihan didalam-nya. Antaranya doa selepas solat, tazkirah, pembayaran zakat dan paling menarik perhatian ku ialah pilihan sedekah.
DERMA DENGAN MUDAH
Seperti tagline ‘Sujood’, dengan aplikasi ini membuatkan amalan bersedekah menjadi lebih berdisplin dan teratur. Mana taknya, derma dengan mudah ke masjid atau surau di serantau Malaysia dengan hujung jari.
Jika ada lebih tak salah derma lebih bukan. Untuk setiap transkasi yang dibuat ada direkodkan dan boleh menjadi rujukan jika perlu
Baca: Sedekah Subuh
MASJID DAN SURAU
Terima kasih buat pihak Studio 61 Sdn yang membina applikasi ini. Setakat hari ini lebih dari 120 pilihan masjid dan surau yang berada dalam aplikasi Sujood ini kecuali Labuan.
Dari masa ke semasa bakal ditambahkan lagi lokasi senarai yang memerlukan sumbangan.
SENANG SAJA?
Macam mana nak derma atau sedekah? Senang sahaja. Sebelum bersedekah, boleh pilih lokasi masjid atau surau yang ada. Selepas dipilih lokasi yang diinginkan, ada dikongsikan serba sedikit informasi tentang pilihan anda.
PILIHAN KU
Wajib bersedekah pada masjid sahaja? Eh taklah, nak sedekah pada surau pun boleh juga. Sedang meneliti senarai yang ada tertarik pada yang satu ini – Surau Al-Hidayah Taman Melur, Kedah.
Walaupun nun jauh disana di Kedah tidak membataskan untuk turut serta membantu. Dikongsikan dengan lebih terperinci seperti dimana lokasinya, bila ditubuhkan, perubahan demi perubahan.
AKTIVITI ATAU PROGRAM
Aktiviti atau program yang diadakan seperti Tadarrus AL-Quran, solat sunat Aidilfitri dan program ibadah korban mahupun pengajian kitab. Klik di ‘button sedekah’ dan teruskan saja dengan aplikasi Sujood.
Anda boleh menderma sebanyak mana yang anda inginkan walaupun cuma RM1.
NAK DOWNLOAD MACAMANA?
Senang saja, untuk pengguna IOS mahupun Android dedua pun ada. Pergi je PlayStore atau App Store cari aplikasi ini .
“Apabila mati seorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali – sedekah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa dari anak yang soleh/solehah.
Berkongsi informasi sebegini tidak merugikan malah mungkin dapat membantu perbanyakkan amalan bersedekah dengan pelbagai platform atau cara. Salam Ramadan untuk semua !