KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apakah antara benda yang wajib anda bawa jika ingin keluar?Jika bertanya 10 orang pasti 8 darinya akan menjawab beg duit, kunci kereta , telefon dan jam.
Mana taknya jam menandakan masa. Dan masa pula ada amat berharga buat setiap individu kerana tidak boleh diputar semula.
KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA
Antara jam tangan pintar yang baru saja berada di pasaran Malaysia. Memiliki pelbagai ciri-ciri yang hebat dan menarik sesuai untuk perjalanan seharian.
Dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora ianya bukan jam biasa tetapi boleh dijadikan sebagai aksesori untuk melengkapkan hari anda dalam pelbagai gaya. Tidak kira untuk acara kasual, bersukan mahupun formal.
Untuk menggunakannya perlu ‘install’ aplikasi Glory Fit sama ada dari Google Play ataupun Apple Store.
WARNA YANG ADA
Mempunyai 3 warna yang menarik untuk wanita memilih seperti merah jambu, ungu dan juga emas. Pilihanku kali ini adalah emas kerana nampak elegan dan sesuai untuk dipakai dengan mana mana ‘outfit’.
Dengan jubah pun boleh digayakan.
Sukan wajib pakai sebab banyak fungsinya yang dapat membantu untuk amalkan gaya sihat.
Santai – santai pun boleh digayakan!
TAHAN LASAK
Didatangkan dengan Fadeless Aluminum Case, dengan reka bentuk aloi aluminium. Tahan lasak dan jadikan ia cantik dan estetik.
Quick Release Magnetic Strap, senang untuk memakainya dan didatangkan juga dengan tali tambahan. Sangat mudah untuh dipasang dan ditanggalkan.
3D FULL VIEW DISPLAY
Paparan 3D yang cukup berwarna-warni amat ceria dimana segala maklumat yang ingin dipaparkan kelihatan di muka jam ini.
WAJIB CUBA DENGAN BLUETOOTH 5.2
Ini antara ciri yang sangat menarik. Dengan adanya Bluetooth 5.2 dapat membuat/menjawab panggilan dengan hanya ‘button’ di muka jam. Termasuk pesanan SMS.
Menggunakan speaker dan mic yang terbina dalamnya jadi tidak hairanlah andai radio kereta rosak boleh dengar terus dari jam! Dengar dan melayan muzik dari playlist dari telefon bimbit.
Ciri-ciri High Definition Music Playlist on Wrist membolehkan kita mendengar muzik dari pergelangan tangan sambil melakukan sebarang aktiviti termasuk memandu.
70 MOD SUKAN
Wow siap ada 70 mod sukan, boleh pilih yang mana suka. Bacaan kalori , kiraan langkah [steps] antara ciri yang menyokong gaya hidup aktif.
Nampakkan informasi yang ada dimana ia akan berada di profile untuk dilihat semula
PENJAGAAN DIRI
Mengetahui SpO2, berapa degupan jantung serta pemantauan tidur. Untuk wanita Female Menstrual Reminder antara yang penting dan bagus untuk bersiap sedia hari yang mendatang.
Antara ciri-ciri yang menarik adalah bulit in games, kalkulator, kamera, ramalan cuaca, alarms dan pelbagai lagi pada Kieslect Lady Calling Watch Lora.
Betulkan, bukan setakat jam biasa , siap ada kalkulator lagi!
2-IN-1 CORE CALLING CHIP
Didatangkan dengan cip terhebat yang berada tempat ketiga di dunia selepas jenama Apple dan Samsung.
Dengan cip 2-dalam-1, penggunaan kuasa adalah 30% lebih rendah berbanding cip dwi,yang sangat menjimatkan terutama hayat bateri.
Ya, dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora pelbagai pengalaman panggilan jam tangan pintar boleh anda rasai terutama terkini, stabil dan cekap.
DISKAUN UNTUK ANDA
Bagi yang ingin membeli, boleh dapatkan diskaun RM5 dengan kod : KIESLORA
Kieslect Official Platform Jualan:
Shopee : https://shopee.com.my/Kieslect.os
Kieslect Official Platform Social Media
Facebook: www.faccebook.com/Kieslect.MY
Instagram: www.instagram.com/Kieslect _malaysia
Twitter: www.twitter.com/KieslectMY
Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR
TikTok: https://www.tiktok.com/@kieslectMalaysia
INFORMASI TENTANG KIESLECT
Kieslect, jenama yang mula diperkenalkan pada tahun 2017 telah memasuki 5,000 pasaran runcit di lebih 60 negara.
Sehingga kini jenama Kieslect telahpun bekerjasama dengan penyedia teknologi bebas wayar (wayarless) terkemuka.
Menerajui dunia baharu peranti dalam jam tangan pintar yang berkualiti dan juga bersama reka bentuk yang elegan.
Tidak hairanlah semua produk dibawah jenama Kieslect diperakui oleh CE, RoHS, FCC dan UKCA.
Sebagai jenama terkemuka dalam dunia jam tangan pintar Kieslect dapat memenuhi citarasa pengguna. Menawarkan jam tangan pintar yang ada gaya dengan pelbagai fungsi.
Sentiasa memberi penekanan kepada kualiti, utiliti serta reka bentuk dan tidak hairanlah jenama ini telahpun mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Pelbagai siri kejayaan telah diraikan. Antarnya seperti Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award.
Rekaan menarik ini telahpun menambat ramai pengguna jam tangan pintar dari Kieslect.