KONSERT SIFU & AKU 38 PASTI BERBISA JUA AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa saja yang tidak kenal dengan Datuk M.Nasir dan juga Datuk Hattan.

Dua sineman yang bakal bergabung di dua lokasi luar Kuala Lumpur dan pasti dinantikan semua.

KONSERT SIFU & AKU 38

Mempersembahkan dua figura ini, Datuk M. Nasir dan Datuk Hattan dalam satu panggung yang digelar ‘Sifu & Aku 38’ . Ianya seperti mimpi jadi kenyataan buat penganjur, Westzone Entertainment (M) Sdn. Bhd dan rakan penganjur, GC Productions.

Seorang pesohor yang terkenal satu Nusantara dengan predikat Sifu. Sementara seorang figura lagi tidak kurang integritinya.

KONSERT SIFU & AKU 38

Bakal beraksi di dua buah lokasi yang belum pernah membuat mereka sepanggung.

Dengan dua tarikh berbeza di dua lokasi berbeza, M. Nasir dan Hattan lewat konsert Sifu & Aku 38 akan menghiburkan para peminatnya di luar Semenanjung.

SARAWAK DAN SABAH LOKASI PERTAMA DAN KEDUA

Buat peminat di Kuching jumpa di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 25 Mei 2023. Kemudian akan terbang ke Sabah di Sabah International Convention Centre pada 1 Jun 2023.

KONSERT SIFU & AKU 38

SIAPA TAK KENAL SIFU M.NASIR

Dengan hanya memutar memori sekadar menyebut beberapa buah lagu. Antaranya Sahabat Gua, Mentera Semerah Padi, Hati Emas, Bonda atau Tanya Sama Itu Hud Hud. Pasti peminat sudah ‘terperangkap’ dengan jerangkap sakti sang Sifu.

KONSERT SIFU & AKU 38

“Mesti ada maksud dan simbolik di sebalik tanggal 38 tahun keraian dan perkataan Sifu dan Aku itu sendiri.

Jadi saya melihat ia sebagai buah fikiran yang baik, gabungan bersama Hattan, menyapa peminat di luar Semenanjung. Menyemarakkan kembali pasaran konsert tempatan, saya menyambutnya dengqn senang hati,”

-kata M.Nasir

UNTUK DATUK HATTAN PULA

Bayangkan apabila Hattan pula menyambung kesaktian tersebut dengan karya-karya sentuhan sang Sifu dan miliknya. Seperti Memburu Rindu dan Mahligai Syahdu, Konsert ‘Sifu & Aku 38’ adalah sebuah pementasan yang tidak layak dilepaskan.

KONSERT SIFU & AKU 38

Bukan dari segi ego sang pelaku seni tetapi secara teknikal yang mesti mempunyai kelas tersendiri, kerana itu tanggungjawab ini diberi galas kepada GC Productions Sdn. Bhd.

ini juga sekaligus membuktikan banyak mana lambakan penyanyi luar, penghibur tempatan mempunyai ruang eksklusif yang tidak pernah terbuang dan dilupakan peminat.

Lihat kepada angka 38 tahun perjuangan sahaja sudah menjawab mengapa penghibur seperti kami terus relevan dan ‘boleh makan’ lagi,”

-kongsi Hattan

CABARAN TETAP ADA

“Ini adalah cabaran kami di pihak penganjur iaitu memastikan Konsert ‘Sifu & Aku 38’ punya kelas tersendiri dari segi aspek teknikal seperti jalan persembahan, bunyi dan hal-hal belakang tabir.

Hal ini kerana kedua-dua figura yang kami gabungkan iaitu M.Nasir dan Hattan mempunyai aura yang sangat kuat. Mampu membuatkan para penonton yang hadir kelak untuk sama-sama merasai aura yang sama.

KONSERT SIFU & AKU 38

Jadi untuk memastikan kolaborasi ini sempurna, teknikal perlu sama hebat dengan penghiburnya,”

-ujar Aiman, Pengarah Westzone Entertainment

AURA SIFU DAN ANAK MURID

Penantian pasti berbaloi buat peminat dan aura yang dipancarkan oleh M.Nasir dan Hattan sendiri.

Peluang yang ada tidak akan disia-siakan. Bagi M.Nasir sendiri, persetujuan yang diberi mempengaruhi betapa serius projek ini akan berjalan.

HARGA TIKET KONSERT SIFU & AKU 38

KONSERT SIFU & AKU 38

Tiket-tiket dengan harga serendah RM188 (Cat 5), RM288 (Cat 4), RM388 (Cat 3), RM488 (Cat 2) dan RM1,000 (Cat 1 )

Website MyTicketAsia | Contact 03 8605 0195 /6012 649 7240

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge