AL-IKHSAN SPORTS ‘MENJADIKAN KEMBARA PERCUTIAN ANDA LEBIH BERGAYA SUKAN’, BEST!

AL-IKHSAN SPORTS ‘MENJADIKAN KEMBARA PERCUTIAN ANDA LEBIH BERGAYA SUKAN’, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Waa, bergaya sewaktu bercuti dengan hanya pakaian sukan? Menarik juga tu terutama untuk OOTD

Peruncit barangan sukan nombor 1 di Malaysia, Al-Ikhsan Sports, mengadakan kempen ‘Making Travelling Sportier since 1993’ sempena meraikan pengakhiran 2022 dan menyambut kedatangan 2023.

Kempen ini memberi peluang kepada orang ramai khususnya rakyat Malaysia untuk menjadikan sukan bukan sekadar aktiviti malah sebagai gaya hidup masa kini.

Al-Ikhsan Sports mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama bergaya “sporty” dengan
koleksi pakaian serta barangan sukan tidak mengira situasi.

DEKAT DI HATI RAKYAT


“Sebagai sebuah jenama tempatan yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia, kami berazam untuk menjadikan sukan sebagai sebuah gaya hidup dan juga mampu milik untuk semua.

Rangkaian produk Al-Ikhsan Sports adalah berkualiti tinggi dan juga direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna kami di seluruh Malaysia.

Barangan di Al-Ikhsan bukan sahaja sekadar barangan sukan malah boleh dijadikan sebagai pakaian untuk bersantai di sepanjang percutian mereka.


Kempen ini menyediakan rangkaian lebih dari 10,000 barangan sukan bermula daripada RM29 dan ini belum pernah dilakukan oleh peruncit sukan yang lain sebelum ini,”

-kata Encik Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.

VERSATILITI PRODUK DENGAN HARGA MAMPU MILIK


Antara barangan utama yang akan diperagakan dalam kempen ini adalah jersi, topi, kemeja-T, hoodie, jaket, pelbagai jenis beg mudah alih, kasut sukan serta kasut santai.

Barangan keluaran kami sudah semestinya menjadikan #OOTD percutian mereka lebih bergaya dan menarik.

Kesemua barangan ini boleh didapati di 170 kedai di Semenanjung Malaysia juga pembelian melalui laman e-dagang rasmi

PROMOSI HEBAT SEPANJANG DISEMBER 2022


Menepati objektif tersebut, pelbagai promosi bertema telah dirangka yang dijangka mampu menarik perhatian pencinta sukan tanah air.

Antara promosi menarik yang diadakan melalui kempen ‘Making Travelling Sportier since 1993’ ini adalah ‘Bundle Deals’, ‘12-12 Special’, ‘Clearance Sales’, dan promosi ‘New Year New You!’.

Kempen ini dijangka mampu memenuhi selera setiap lapisan rakyat dengan bajet mereka yang tersendiri.

Layari di platform digital Al-Ikhsan Sports dan Football Republic di
Website| Instagram.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge