WORLD FOOTBALL FESTIVAL 2022, BERSAMA AL-IKHSAN SPORTS & FOOT REPUBLIC!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Waa, sekarang nie musim bola ye!
WORLD FOOTBALL FESTIVAL 2022
Al-Ikhsan Sports telah berkolaborasi bersama jenama antara bangsa iaitu Adidas untuk satu siri jelajah “Adidas Official Match Ball Roadshow”. Bukan satu tapi lima lokasi pilihan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Pelancaran kempen itu diadakan di pusat beli-belah IOI Mall, Putrajaya. Sempena meraikan musim bola sepak bertaraf dunia yang bakal berlangsung di Doha, Qatar.
PESTA BOLA SEPAK 4 TAHUN SEKALI!
Menyedari pesta bola sepak itu hanya diraikan EMPAT tahun sekali, Al-Ikhsan Sports telah mengatur pelbagai acara. Pelbagai barisan barangan premium khas untuk dijadikan koleksi oleh pencinta bola sepak di Malaysia.
Selain itu, sebanyak 14 lokasi tambahan turut dibuka bagi memenuhi permintaan konsumer barangan sukan khusunya bola sepak.
Antara lokasi yang bakal menerima “pop-up booth” adalah di Melaka, Pulau Pinang, Johor Bahru, Negeri Sembilan.
KHAS UNTUK PEMINAT TEGAR BOLA SEPAK
“Sebagai peneraju barangan sukan nombor 1 di malaysia sejak tahun 1993 yang mempunyai koleksi Piala Dunia terbesar melalui 167 kedai kami di Seluruh Malaysia.
Kami berasa amat teruja untuk memperkenalkan kempen “World Football Festival 2022” yang dilancarkan buat 15 juta peminat tegar bola sepak di negara ini.
Objektif kami adalah untuk membawa kegilaan bola sepak di Malaysia dan memberi pengalaman yang menyeronokkan. Macam-macam aktiviti-aktiviti menarik untuk semua pelanggan yang berkunjung ke kedai kami”
-Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla.
MEDIA PRIMA AUDIO
Antara yang menarik untuk pesta kali ini, Al-Ikhsan Sports turut bekerjasama dengan Media Prima Audio yang merupakan rakan radio strategik bagi kempen ini.
Beberapa siri jelajah bersama rangkaian radio popular negara bakal disertakan dengan pelbagai aktiviti.
Antaranya seperti siaran luar secara langsung, penampilan penyampai radio stesen naungan rangkaian tersebut dan barisan permainan santai.
Penyokong bola sepak boleh memenangi Jersi Eksklusif secara ‘on air’ melalui Hot FM, Fly FM, Buletin FM dan Molek FM. Oleh itu, nantikan pengumuman mereka!
#FOOTBALLMADNESS
“Orang ramai dijemput menyertai dan menjayakan kempen “World Foot Festival 2022” dan sebarkan #footballmadness di seluruh platform digital.
Peminat setia juga digalakkan hadir ke cawangan dan lokasi jelajah untuk satu pengalaman #footballmadness yang unik bersama-sama Al-Ikhsan Sports dan Foot Republic.
Jangan lupa dapatkan produk berlesen rasmi “World Cup Exclusive 2022″ kami”.