Al Fateh Meraikan Anak Yatim Dalam Majlis Meet & Greet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Al Fateh Meraikan Anak Yatim Dalam Majlis Meet & Greet|Al Fateh bukanlah nama baru bagi KP tetapi mungkin bagi anda di luar sana. Sebelum ini KP pernah berkongsi dengan para pembaca akan kebaikan Al-Fateh. Tahun ini KP lebih bertuah dimana di jemput untuk turut sama di majlis ‘Meet & Greet’ Al-Fateh Mania 2020. Sebenarnya majlis ini bertujuan untuk berkongsi kegembiraan sambil meraikan dengan anak-anak yatim dan kurang berkemampuan dari Rumah Kasih Harmoni Taman Keramat. Bila melihat anak-anak comel ini syahdu rasa hati, Kerna di usia yang kecil sudah bergelar anak yatim. Kehilangan mereka yang di sayangi. Selain itu memberi semangat bersedekah dikalangan stokis mahupun ejen agar dalam rezeki kita ada rezeki orang lain untuk di kongsi.

Lebih kurang 100 agen produk Al Fateh dari seluruh Malaysia datang dan memeriahkan majlis ini. Bukan setakat meraikan majlis buat anak-anak yatim tetapi juga majlis penyampaian anugerah buat agen yang cemerlang dan mencapai tahap yang membanggakan. Kehadiran penyanyi Mawi mempersembahkan lagu-lagu dan juga maskot Omar & Hana meceriakan lagi majis ini. Memeriahkan lagi majlis adalah dengan persembahan daripada penyanyi Mawi dan juga maskot Omar & Hana.

Al Fateh

Al Fateh sebenarnya adalah keluaran dari Al-Fatel Alami Sdn Bhd. Ia juga pengeluar produk yang lain seperti Al Fateh Junior, Gold dan Candy. Produk yang dikeluar sudah lebih dari 3 tahun berada di pasaran. Kalau anda membaca perkongsian KP sebelum ini , ianya merupakan makanan tambahan buat anak-anak. Kesemua produk ini menggunakan bahan berasaskan makanan Sunnah seperti madu, kismis, delima, safran, kurma dan lain lain lagi. Ada yang bertanya seawal usia berapa tahun boleh mula mengambil produk ini? Seawal 6 bulan hingga remaja berusia 25 tahun.

Tahun 2020

Tahun 2020 ini sudah merangka strategi baru untuk menarik perhatian dan berkongsi dengan masyarakat diluar sana akan kebaikan makanan sihat dan sunnah terutama sekali untuk kanak-kanak.

Ura-ura katanya akan ada produk baru dikeluarkan iaitu minuman susu coklat Al Fateh yang masih mengekalkan bahan utama iaitu makanan sunnah dan dicampur kan dengan keenakan buah kurma. KP dan para tetamu yang hadir dapat merasai susu coklat ini dimana tidak terlalu manis dan sesuai untuk diminum oleh kanak-kanak. Yang bestnya layan tau boleh minum 2-3 cawan sebab sedap.

Seminar penjualan khas untuk agen-agen yang hadir dikongsikan oleh Puan Azlina Othman juga ceramah bertajuk Pembangunan Akhlak Genersi Milenia Melalui Pemakanan Sunnah Antara Jihad Ekonomi dan Fardu Kifayah’ oleh Ustaz Abu Aswad Al-Kubra.

Untuk dapatkan maklumat lanjut boleh layari:



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge