OAG & THE TIMES SOLD OUT DI ODEON KL!

OAG & The Times Sold Out! Radhi dan Naza Buat Peminat Throwback Zaman Dulu Kalau lagu lama masih boleh buat kita sing along ramai-ramai, maknanya lagu tu memang ada tempat tersendiri!

OAG & THE TIMES

Itulah yang berlaku di konsert Disko Dansa Generasiku: OAG & The Times di Odeon KL apabila kira-kira 1,500 peminat hadir dan tiket pula habis terjual.

OAG & THE TIMES

Dua nama dalam dunia muzik alternatif tempatan ini berjaya menghidupkan suasana dengan lagu-lagu yang mungkin pernah jadi soundtrack zaman muda ramai antara kita.

BILA LAGU LAMA KEMBALI BERBUNYI

The Times membuka pentas dengan lagu Pesona Algebra, diikuti Khayal Khayalan, Infra Merah dan beberapa lagu lain yang dekat dengan peminat mereka.

OAG & THE TIMES

Selepas itu, OAG pula mengambil alih pentas dengan lagu seperti SoulLaWatt, Horrible Adorable, Knocked Silly dan sudah tentu Generasiku.

Bila lagu-lagu ini dimainkan secara live, memang lain rasanya. Bukan sekadar datang tengok konsert, tetapi peluang untuk throwback dan menyanyi bersama lagu yang pernah menemani satu fasa kehidupan.

RADHI DAN NAZA, OKAY JE RUPANYA!

Antara momen paling menarik malam itu ialah apabila Radhi bersama OAG dan Naza dari The Times berkongsi pentas menerusi lagu Gadisku Dalam Koma. Untuk yang mungkin tak tahu, Naza pernah menjadi anggota OAG sebelum bergerak dengan The Times.

OAG & THE TIMES

MOMEN TERSENDIRI

Sebab itu, bila mereka kembali berkongsi pentas, momen ini memang ada nilai tersendiri. Lebih mencuit hati apabila Radhi berseloroh bahawa mereka sebenarnya okay sahaja dan bukannya bergaduh seperti yang digambarkan dalam cerita sensasi media.

OAG & THE TIMES

Siap berpelukan lagi! Nampaknya, peminat dapat menikmati persembahan sambil melihat sendiri hubungan baik antara dua pemuzik ini.

MUZIK ALTERNATIF MASIH ADA PEMINAT!

Konsert diteruskan dengan pelbagai lagu daripada kedua-dua kumpulan sebelum ditutup dengan Don’t Look Back in Anger.

OAG & THE TIMES

Apa yang menarik, sambutan terhadap konsert ini menunjukkan muzik tempatan yang mempunyai identiti tersendiri masih mampu menarik peminat, walaupun lagu-lagunya bukan keluaran baharu.

Dengan tiket sold out dan 1,500 peminat memenuhi Odeon KL, OAG dan The Times berjaya memberikan satu malam yang penuh muzik, kenangan dan momen spontan.

OAG & THE TIMES

Kadang-kadang, kita tak perlukan lagu baharu untuk menikmati konsert. Cukup dengan lagu yang kita kenal, kawan-kawan yang sama-sama menyanyi dan suasana yang buat kita lupa sekejap tentang kesibukan harian.