AKAR//NEXT 2026: SATU AKAR, BANYAK CERITA DI CENTRAL MARKET!

AKAR//NEXT 2026 Bakal Meriahkan KL: 3 Hari Muzik, Seni & Budaya Nusantara. Kalau anda suka muzik, seni, makanan, fesyen dan budaya tempatan, boleh masukkan AKAR//NEXT 2026 dalam kalendar.

AKAR//NEXT 2026

Festival budaya kontemporari ini akan berlangsung selama tiga hari, dari 30 Oktober hingga 1 November 2026 di Central Market, Kuala Lumpur, dengan membawa tema “One Root. Infinite Futures.”

AKAR//NEXT 2026

PELBAGAI ELMEN SATU FESTIVAL

Dianjurkan oleh Goodseed Event, AKAR//NEXT menggabungkan pelbagai elemen dalam satu festival — daripada muzik, seni dan fesyen kepada makanan, produk kreatif, aktiviti komuniti serta pengalaman digital.

BUKAN SEKADAR FESTIVAL MUZIK

Apa yang menarik, AKAR//NEXT bukan sekadar datang untuk tengok persembahan muzik. Pada waktu siang, pengunjung boleh meneroka marketplace, makanan dan minuman, seni, kraftangan, produk kreatif serta bengkel dan aktiviti komuniti.

AKAR//NEXT 2026

GABUNGAN MUZIK TRADISIONAL & MODEN

Bila malam tiba, suasana pula akan menjadi lebih meriah dengan persembahan muzik, DJ, muzik elektronik, visual, cahaya dan persembahan secara langsung.

Festival ini turut menampilkan gabungan muzik tradisional dan moden, selain elemen tekstil, warisan, seni visual dan instalasi.

3 HARI , 3 CERITA

AKAR//NEXT 2026 juga mempunyai konsep harian tersendiri.

HARI 1 – THE FOUNDATIONS – Mengenali akar dan asal-usul budaya.

HARI 2 – THE EVOLUTION – Melihat bagaimana tradisi berkembang dalam bentuk ekspresi baharu.

HARI 3 – THE FUTURE – Meneroka bagaimana budaya boleh diteruskan dan berkembang bersama generasi baharu.

AKAR//NEXT 2026

RUANG UNTUK KREATIF TEMPATAN

Selain untuk pengunjung, festival ini turut membuka ruang kepada artis, pemuzik, DJ, pereka, pengusaha kraf, usahawan dan pencipta kandungan untuk memperkenalkan karya serta produk mereka.

Elemen digital turut menjadi sebahagian daripada pengalaman festival menerusi kandungan dalam talian, QR code, media sosial dan aktiviti interaktif.

KENAPA CENTRAL MARKET?

Pemilihan Central Market atau Pasar Seni sebagai lokasi rasmi memang cukup kena dengan konsep festival ini.

Lokasinya yang sinonim dengan sejarah dan budaya Kuala Lumpur akan menjadi titik pertemuan antara warisan dengan generasi baharu.

AKAR//NEXT 2026

Dengan sokongan beberapa rakan strategik termasuk Hotlink, Commerce Dot Com, JBS Solution, Temerloh Catering, Jom Printing dan Pasar Seni, AKAR//NEXT 2026 menyasarkan pengalaman yang boleh dinikmati oleh keluarga, pelancong, peminat muzik, penggiat seni dan komuniti kreatif.

JANGAN LUPA TARIKH!

📅 30 Oktober – 1 November 2026
📍 Central Market (Pasar Seni), Kuala Lumpur
🎵 Muzik | Seni | Budaya | Fesyen | Makanan | Kreativiti

Dengan tema “One Root. Infinite Futures.”, AKAR//NEXT 2026 mahu membawa warisan Nusantara ke dalam bentuk yang lebih moden, kreatif dan dekat dengan generasi hari ini.

Satu akar, banyak kemungkinan. Jumpa di AKAR//NEXT 2026!