REDMI NOTE 17 5G: SEKALI CAS BOLEH LAYAN LAMA, BEST!

Redmi Note 17 5G: Bateri 7,700mAh, Skrin AMOLED & 5G Dalam Satu Pakej. Kalau anda jenis yang selalu guna telefon untuk TikTok, YouTube, WhatsApp, media sosial dan kerja harian, bateri yang tahan lama memang satu kelebihan.

REDMI NOTE 17 5G

Menariknya, Redmi Note 17 5G hadir dengan bateri besar 7,700mAh, selain skrin AMOLED 6.99 inci dan sokongan 5G.

SKRIN BESAR DAN BEST UNTUK STREAMING

Redmi Note 17 5G menggunakan skrin 6.99 inci FHD+ AMOLED dengan kadar segar semula sehingga 120Hz.

Saiz skrin yang besar memang sesuai untuk menonton video, scroll media sosial atau sekadar membaca berita dengan lebih selesa. Skrinnya juga mempunyai kecerahan sehingga 1,800 nits untuk paparan yang lebih jelas.

BATERI 7,700 MAH JADI TARIKAN

Bagi yang tak suka kerap mencari charger, kapasiti 7,700mAh antara perkara paling menarik pada telefon ini.

45W TURBO CHARGING

Ia turut menyokong 45W Turbo Charging, manakala fungsi reverse charging membolehkan telefon ini digunakan untuk mengecas peranti lain yang serasi.Dengan bateri sebesar ini, ia juga menarik untuk mereka yang mahukan telefon kedua (second phone).

REDMI NOTE 17 5G JADI PHONE KEDUA

Kalau telefon utama anda digunakan untuk kerja, panggilan atau urusan harian, Redmi Note 17 5G boleh dijadikan telefon kedua untuk streaming, media sosial, gaming ringan, travel atau sebagai backup.

KELEBIHAN SECOND PHONE

Bateri 7,700mAh juga memberikan lebih fleksibiliti apabila berada di luar rumah untuk tempoh yang lama. Tak perlu terlalu risau bateri cepat habis ketika menggunakan GPS, menonton video atau hotspot.

Bagi yang selalu menghadiri event, travel atau banyak membuat kandungan menggunakan telefon, mempunyai telefon kedua dengan bateri besar juga boleh menjadi satu kelebihan.

KAMERA 50MP

Untuk kamera, Redmi Note 17 5G dilengkapi kamera utama 50MP dan kamera selfie 16MP.

KEGUNAAN HARIAN

Cukup untuk kegunaan harian seperti mengambil gambar makanan, OOTD, suasana perjalanan, event atau berkongsi gambar di media sosial.

Telefon ini juga mempunyai IP65, Corning Gorilla Glass 7i dan Wet Touch Technology 2.0 untuk penggunaan yang lebih praktikal.

APA KATA SAYA!

Dengan skrin AMOLED besar, bateri 7,700mAh, pengecasan 45W dan sokongan 5G, Redmi Note 17 5G bukan sahaja sesuai sebagai telefon harian, tetapi juga boleh dipertimbangkan sebagai second phone.

Terutamanya untuk pengguna yang mahukan telefon tambahan untuk travel, media sosial, streaming, event atau sekadar mempunyai telefon backup dengan bateri yang besar.