TP-Link membuka kedai flagship pertama di Mid Valley Megamall dengan pengalaman interaktif rumah pintar, Wi-Fi 7, Tapo, Omada dan promosi eksklusif sehingga 88%.
TP-LINK
Terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia apabila secara rasmi membuka kedai flagship pertamanya di negara ini di Mid Valley Megamall, sekali gus membawa pengalaman teknologi rumah pintar dan kehidupan terhubung ke tahap lebih futuristik.
PEMBUKAAN RASMI KEDAI FLAGSHIP
Pembukaan rasmi kedai flagship ini bukan sekadar ruang jualan biasa, sebaliknya menjadi hab pengalaman interaktif yang membolehkan pengguna mencuba sendiri ekosistem teknologi pintar menerusi demonstrasi dunia sebenar.

Terletak di lokasi strategik Mid Valley Megamall, kedai flagship tersebut tampil dengan konsep moden dan imersif yang mengetengahkan teknologi rangkaian terkini, sistem rumah pintar serta penyelesaian perusahaan pintar dalam satu ruang sehenti.
TP-LINK PERKUKUH EKOSISTEM RUMAH PINTAR
Menurut Hugo Cai, Pengarah Serantau TP-Link Malaysia, Malaysia kini muncul sebagai salah satu pasaran paling dinamik di rantau ini dengan peningkatan permintaan terhadap teknologi pintar dan sistem digital berprestasi tinggi.

Katanya, pengguna hari ini semakin sofistikated dan mahukan pengalaman digital yang lebih lancar sama ada di rumah mahupun di tempat kerja.
“Malaysia mempunyai momentum transformasi digital yang sangat pantas. Kami mahu kedai flagship ini menjadi simbol kepada masa depan kehidupan terhubung yang lebih pintar dan mudah diakses oleh semua,” katanya.
PENGALAMAN INTERAKTIF
WI-FI 7
Antara tarikan utama di kedai flagship baharu ini ialah demonstrasi teknologi Wi-Fi 7 terkini yang menawarkan sambungan internet lebih pantas, latensi rendah dan kestabilan lebih tinggi untuk kegunaan harian, gaming serta penstriman kandungan.

RUMAH PINTAR TAPO
Pengunjung juga boleh meneroka rangkaian produk rumah pintar Tapo termasuk:
✔ Kamera AI dwi-lensa pintar
✔ Sistem automasi rumah
✔ Robot vakum pintar
✔ Penyelesaian pemantauan keselamatan rumah

Selain itu, pelanggan turut diberi peluang melihat sendiri bagaimana teknologi rumah pintar boleh diintegrasikan ke dalam gaya hidup moden secara praktikal dan mudah.
SOLUSI PINTAR UNTUK PERNIAGAAN MODEN
Bukan hanya tertumpu kepada pengguna rumah, turut mengetengahkan penyelesaian perusahaan melalui sistem Omada dan VIGI yang direka khusus untuk sektor perniagaan moden.
Teknologi ini menggabungkan sistem rangkaian dan pengawasan dalam satu ekosistem pengurusan pintar yang sesuai untuk pejabat, premis komersial dan perusahaan berskala besar.
Pendekatan ini selari dengan peningkatan permintaan terhadap penyelesaian digital yang lebih efisien dan selamat dalam era transformasi teknologi semasa.

TP-LINK BERSEDIA KE ERA WI-FI 8
Pembukaan kedai flagship ini juga mencerminkan aspirasi jangka panjang TP-Link untuk terus menjadi peneraju teknologi kehidupan terhubung di Malaysia. Malah, syarikat itu turut bersiap siaga menuju era Wi-Fi 8 yang dijangka menawarkan sambungan lebih stabil, efisien dan pintar dalam dunia digital yang semakin kompleks.
Kedai Flagship TP-Link kini dibuka setiap hari di Mid Valley Megamall, Tingkat 2, lot S-090 dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari TP-Link Malaysia atau mengikuti halaman rasmi Facebook TP-Link Malaysia.
