Amazfit Cheetah 2 Pro Rasmi Dilancar di Malaysia, Jam Tangan Larian Premium Direka Khas Untuk Persediaan Maraton.
AMAZFIT CHEETAH 2 PRO
Jenama teknologi boleh pakai global, Amazfit, terus memperkukuh kedudukannya dalam dunia sukan dan kecergasan menerusi pelancaran rasmi Amazfit Cheetah 2 Pro, jam tangan larian premium generasi baharu yang direka khusus untuk pelari maraton dan atlet prestasi tinggi.

GABUNGAN TEKNOLOGI
Model terbaharu dalam siri Cheetah ini hadir dengan gabungan teknologi latihan pintar, rekaan ultra ringan berasaskan titanium serta sistem GPS paling canggih dalam barisan Amazfit, menjadikannya antara wearable paling menarik untuk komuniti larian masa kini.
KEJAYAAN MARATON
Direka untuk mereka yang percaya bahawa kejayaan maraton bermula daripada disiplin latihan harian, Cheetah 2 Pro bukan sekadar jam tangan kecergasan biasa. Ia dibangunkan sebagai sistem latihan lengkap yang membantu pelari mengurus prestasi, pemulihan dan konsistensi latihan secara lebih tersusun.
LEBIH FOKUS PADA SETIAP ASPEK PENTING
Menurut pelari maraton profesional dan duta Amazfit, Rory Linkletter, Cheetah 2 Pro membantu beliau memberi fokus kepada setiap aspek penting dalam latihan.
“Semasa saya berlatih untuk Boston Marathon, Cheetah 2 Pro membantu saya mengekalkan fokus terhadap pace, pemulihan dan prestasi keseluruhan dalam cara yang sangat selesa untuk latihan jarak jauh,”
REKAAN PREMIUM TITANIUM
RINGAN DAN SELESA
Salah satu tarikan utama Amazfit Cheetah 2 Pro ialah penggunaan sarung bawah titanium Gred 5 bersama bingkai tengah premium yang memberikan keseimbangan sempurna antara ketahanan dan keselesaan.
TAHAN CALAR
Digabungkan dengan kaca nilam tahan calar serta paparan AMOLED 1.32 inci yang terang, jam tangan ini direka untuk memberikan pengalaman penggunaan optimum sama ada ketika latihan awal pagi, larian malam mahupun perlumbaan maraton penuh.

Dengan falsafah “prestasi tanpa beban”, Amazfit menampilkan reka bentuk ringan yang tidak mengganggu pergerakan pelari walaupun digunakan dalam tempoh latihan panjang.
ZEPP COACH JADI PERSONAL TRAINER?
Cheetah 2 Pro turut dilengkapi teknologi latihan pintar Zepp Coach yang mampu menghasilkan pelan latihan peribadi mengikut tahap kecergasan pengguna, termasuk untuk jarak 3,000 meter sehingga maraton penuh.
Selain itu, ia juga menyokong integrasi dengan platform popular seperti Strava, TrainingPeaks, Runna dan Intervals.icu bagi memberikan analisis latihan yang lebih mendalam kepada pengguna serius.
DUTA AMAZFIT
Pelari jarak pertengahan negara dan duta Amazfit, Wan Muhammad Fazri Wan Zahari berkata, ciri pemantauan latihan dalam jam tangan ini sangat membantu atlet mengurus intensiti latihan secara lebih tepat.
“Sebagai pelari 800 meter, ketepatan sangat penting. Cheetah 2 Pro membantu saya mengawal pace, memantau beban latihan dan memahami masa terbaik untuk recovery,”

BATERI TAHAN 31 JAM
Bagi pelari maraton dan ultra distance, ketahanan bateri menjadi aspek penting. Amazfit Cheetah 2 Pro menawarkan hayat bateri GPS sehingga 31 jam, manakala penggunaan biasa boleh bertahan sehingga 20 hari.
GPS DWI-JALUR
Jam tangan ini juga dilengkapi GPS dwi-jalur dengan sistem satelit berbilang yang memberikan ketepatan tinggi ketika menjejaki laluan larian di kawasan bandar atau laluan mencabar.
Turut disertakan ialah fungsi pemantauan prestasi seperti:
✔ VO₂ Max
✔ Ambang laktat
✔ Running power
✔ Analisis gaya larian
✔ Pemantauan HRV
✔ Status latihan & tahap keletihan
✔ Pemantauan tidur dan recovery
Gabungan data ini membantu pengguna memahami prestasi badan secara menyeluruh sebelum meningkatkan intensiti latihan.
PRA-TEMPAHAN BERMULA 11 MEI 2026
Amazfit Cheetah 2 Pro kini dibuka untuk pra-tempahan bermula 11 Mei 2026 sebelum jualan rasmi bermula pada 14 Mei 2026 menerusi Amazfit Malaysia serta platform rasmi seperti Shopee Malaysia, Lazada Malaysia dan TikTok Shop Malaysia.

Pelanggan yang membuat pra-tempahan turut berpeluang menerima hadiah eksklusif berupa t-shirt Amazfit dan pengering rambut selagi stok masih ada.
Dengan gabungan teknologi pintar, ketahanan bateri luar biasa dan fokus terhadap prestasi sebenar atlet, Amazfit Cheetah 2 Pro dilihat berpotensi menjadi antara jam tangan larian premium paling mendapat perhatian dalam kalangan pelari Malaysia tahun ini.
