Kelate Ke KL 2026 Gegar Zepp Kuala Lumpur, Satukan Ikon Muzik Pantai Timur Dalam Konsert Mega “Suaro Kito, Jiwo Kito”
KELATE KE KL 2026
Gelombang hiburan Pantai Timur bakal menguasai ibu kota apabila Kelate Ke KL 2026 tampil sebagai antara konsert paling dinanti tahun ini, menghimpunkan barisan artis popular kelahiran Kelantan dalam sebuah malam penuh muzik, budaya dan semangat kenegerian di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Ogos 2026.
SUARO KITO, JIWO KITO
Mengangkat tema “Suaro Kito, Jiwo Kito – 100% Ori Kelate”, konsert mega ini bukan sekadar persembahan hiburan, malah menjadi platform istimewa yang meraikan identiti, warisan dan kebanggaan rakyat Kelantan melalui gabungan muzik moden serta budaya Pantai Timur yang semakin mendapat tempat dalam industri hiburan negara.
BARISAN ARTIS POPULAR KELANTAN
BERSATU ATAS SATU PENTAS
Kelate Ke KL 2026 bakal menyaksikan kemunculan beberapa nama besar yang cukup sinonim dengan muzik Pantai Timur, antaranya Eda Ezrin, Rosalinda, Adik Waniey, Man Khan, Den Manjo, Fendi Kenali dan Aris Capella
Gabungan artis daripada pelbagai generasi ini dijangka mencipta suasana luar biasa dengan persembahan bertenaga yang mengangkat lagu-lagu popular serta karya yang dekat di hati peminat muzik Kelantan.

RAIKAN IDENTITI ANAK KELANTAN
Menurut Pengarah Projek Kelate Ke KL 2026, Mas Ayie Mas Omar, penganjuran konsert ini membawa misi yang lebih besar daripada sekadar hiburan.
“Kelate Ke KL 2026 bukan sekadar sebuah konsert. Ia adalah platform untuk meraikan seni, budaya dan identiti Kelantan, di samping menghimpunkan anak-anak Kelantan serta peminat muzik Pantai Timur dari seluruh Malaysia dalam satu acara berprestij.”
Beliau turut menjelaskan bahawa acara ini menjadi simbol perpaduan komuniti Kelantan di seluruh negara, selain membuka ruang untuk memperkenalkan kekayaan seni dan budaya negeri itu kepada khalayak yang lebih luas.
MAKLUMAT JUALAN TIKET
Maklumat rasmi mengenai jualan tiket akan diumumkan dalam masa terdekat. Tiket konsert akan dijual secara eksklusif menerusi platform Illaso.com.my, dengan tarikh pembukaan jualan bakal diumumkan melalui saluran media sosial rasmi Kelate Ke KL 2026.
📅 Tarikh: 29 Ogos 2026
📍 Lokasi: Zepp Kuala Lumpur
Orang ramai disarankan mengikuti platform rasmi penganjur bagi mendapatkan perkembangan terkini, termasuk promosi eksklusif, aktiviti peminat serta pelbagai pengumuman menarik menjelang hari konsert.
KELATE KE KL 2026, JADI FESTIVAL MUZIK PANTAI TIMUR TERBESAR
Dengan gabungan artis popular, tema yang membangkitkan semangat kenegerian serta pengisian budaya yang autentik, Kelate Ke KL 2026 dijangka menjadi antara acara hiburan terbesar yang meraikan muzik Pantai Timur di Malaysia.
Bagi anak-anak Kelantan di perantauan, ia bakal menjadi malam penuh nostalgia yang menyatukan komuniti melalui muzik, budaya dan semangat “Suaro Kito, Jiwo Kito”. Manakala buat pencinta muzik tempatan, konsert ini menawarkan peluang menikmati keunikan hiburan Pantai Timur dalam suasana bertaraf antarabangsa di Zepp Kuala Lumpur.
