Posted in

KONSERT MALAM QOLBU 2026:, BAKAL MENYENTUH JIWA YANG HADIR!

KONSERT MALAM QOLBU 2026

Konsert Malam Qolbu 2026 Satukan Peminat Nasyid, Opick, Rabbani, UNIC & Mawi Dalam Malam Cinta Rasul

KONSERT MALAM QOLBU 2026

Sempena sambutan Maulidur Rasul 2026, sebuah acara istimewa yang menggabungkan seni, dakwah dan kerohanian bakal menyentuh hati para pencinta muzik Islamik menerusi Konsert Malam Qolbu, yang akan berlangsung pada 24 Ogos 2026 di Idealive Kuala Lumpur.

BUKAN SEKADAR PERSEMBAHAN HIBURAN

Buat julung kalinya dianjurkan oleh Duyufurrahman Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Aftermusic Project dan Laskar Entertainment, konsert ini hadir bukan sekadar sebagai sebuah persembahan hiburan, tetapi sebagai platform menyemarakkan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui pendekatan seni yang dekat dengan masyarakat moden.

KONSERT MALAM QOLBU 2026

TEMA: ISLAMIK NUSANTARA MUSIK

Mengangkat tema “Islamik Nusantara Musik”, Konsert Malam Qolbu menjanjikan pengalaman luar biasa yang menggabungkan persembahan muzik nasyid, elemen penceritaan sirah, visual kreatif dan alunan selawat yang menyentuh jiwa.

Penganjur menyifatkan konsert ini sebagai satu amanah besar untuk mengajak masyarakat memperbanyakkan selawat, menghayati perjuangan Rasulullah SAW serta mengisi jiwa dengan nilai-nilai Islam yang membawa manfaat dunia dan akhirat.

Lebih daripada sebuah konsert, Malam Qolbu diharapkan menjadi ruang refleksi dan pengukuhan ukhuwah dalam suasana yang penuh ketenangan serta keberkatan.

BARISAN NAMA BESAR KONSERT MALAM QOLBU 2026

Konsert ini bakal menghimpunkan barisan artis yang cukup sinonim dengan muzik kerohanian dan nasyid di rantau ini, antaranya Opick, Mawi, Rabbani, UNIC danThe Rayhan.

Gabungan artis-artis berpengaruh ini dijangka mencipta sebuah malam yang sarat dengan nostalgia, inspirasi dan penghayatan spiritual.

KONSERT MALAM QOLBU 2026

PERSEMBAHAN KONSEP NARATIF SENTUH EMOSI

Apa yang membezakan Konsert Malam Qolbu daripada acara lain ialah pendekatan persembahan yang disusun secara naratif dan penuh penghayatan. Penonton bakal disajikan dengan:

✔ Gimik pembukaan berinspirasikan sirah Rasulullah SAW
✔ Persembahan pantomim yang membawa mesej dakwah
✔ Visual puisi dan elemen multimedia yang menyentuh jiwa
✔ Segmen selawat beramai-ramai yang menyatukan seluruh hadirin

Pendekatan ini diharap dapat memberikan pengalaman yang lebih mendalam serta membuktikan bahawa hiburan berteraskan dakwah masih relevan dan mampu menarik minat generasi muda.

PEMANGKIN PROGRAM SENI ISLAMIK MASA HADAPAN

Sebagai penganjuran sulung, Konsert Malam Qolbu diharapkan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak program yang menghubungkan seni, budaya dan kerohanian di Malaysia.

Acara ini turut mendapat sokongan daripada ZAYAN sebagai radio rasmi, manakala Gempak dan Salam Musik sebagai rakan media digitalSelain itu, Royal Chulan The Curve tampil sebagai hotel rasmi bagi acara tersebut.

HARGA TIKET

Tiket Konsert Malam Qolbu ditawarkan pada harga RM250, RM300 dan RM350. Kategori khas pelajar turut disediakan bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan muda untuk bersama-sama menghayati malam penuh keberkatan ini.

KONSERT MALAM QOLBU 2026

MALAM SATUKAN JIWA DALAM SELAWAT

Dengan gabungan persembahan artis nasyid tersohor, elemen dakwah kreatif dan suasana penuh cinta Rasul, Konsert Malam Qolbu 2026 dijangka menjadi antara acara Islamik terbesar dan paling bermakna tahun ini.

Bagi pencinta nasyid dan mereka yang merindui suasana kerohanian yang menyentuh hati, 24 Ogos 2026 bakal menjadi malam yang menyatukan ribuan jiwa dalam satu alunan selawat dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *