“Raya Tetap Raya”: RTM Meriahkan Syawal Dengan Telefilem Eksklusif, Konsert Istimewa & Lagu Raya Baharu.
RAYA TETAP RAYA 2026
RTM TEMAN SETIA RAKYAT MALAYSIA SEPANJANG SYAWAL
Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekali lagi tampil memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan kempen khas “Raya Tetap Raya”, yang menekankan nilai kesyukuran, keberkatan dan kebersamaan masyarakat sepanjang bulan Syawal.

Sebagai penyiar utama negara, RTM menyediakan pelbagai pengisian menarik merangkumi telefilem, filem blockbuster, program hiburan, dokumentari serta rancangan keluarga yang boleh ditonton menerusi saluran TV RTM, rangkaian 34 stesen radio di seluruh negara dan juga platform digital RTMKlik.
LAGU RAYA BARU – RAYA KITA
Bagi menambahkan lagi kemeriahan musim perayaan, RTM turut melancarkan lagu raya baharu berjudul “Raya Kita” nyanyian Aina Abdul bersama Orkestra RTM. Lagu ciptaan Yuri Edris dengan lirik oleh Haliza Hussain ini hadir dengan susunan muzik yang segar dan penuh emosi, sekali gus menyemarakkan suasana Aidilfitri tahun ini.
PROGRAM RAYA EKSKLUSIF RTM
MALAM 3 SYUKUR
Antara rancangan istimewa yang dinantikan termasuk telefilem “Malam 3 Syukur” di TV1 yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Jay Iswazir dan Azwan Kombos. Malam 3 Syukur menyajikan hiburan keluarga yang meriah sambil menekankan semangat syukur, kebersamaan dan sambutan Syawal. Ia menjadi salah satu tontonan utama yang menandakan malam pertama Aidilfitri di kaca TV RTM.

RAYA MACAM DULU
Selain itu, program muzikal “Raya Macam Dulu” di TV2 menghimpunkan artis terkenal seperti Nora Ariffin, Ramlah Ram dan Khai Bahar dalam sebuah persembahan Aidilfitri penuh nostalgia.
KONSERT: AKU CINTA PADAMU SITI NURHALIZA 30 TAHUN
RTM turut menyiarkan konsert istimewa “Aku Cinta Padamu Siti Nurhaliza 30 Tahun” yang menampilkan legenda muzik negara Siti Nurhaliza bersama barisan artis jemputan popular.

TELEFILEM & FILEM BLOCKBUSTER RAYAe
Bagi peminat drama dan filem, RTM menyediakan pelbagai telefilem menarik seperti “Bunga Telur Bunga Rampai”, “Bubur Lambuk Bahulu Bakar” serta “Lemang Emak Rendang Ibu” yang mengetengahkan kisah kekeluargaan dan nilai kemanusiaan sempena Syawal.
Penonton juga boleh menikmati filem blockbuster seperti Godzilla x Kong: The New Empire, The Dark Knight dan Sangkar yang disiarkan sepanjang musim perayaan.
Dengan pelbagai rancangan hiburan, drama dan muzik yang menarik, kempen “Raya Tetap Raya” membuktikan bahawa RTM terus menjadi teman setia rakyat Malaysia dalam meraikan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan, nostalgia dan semangat kekeluargaan.
