7 Drama Viu Malaysia Paling Trending Ramadan & Raya 2026. Viu Malaysia meriahkan Ramadan dan Raya 2026 dengan deretan drama Viu Originals tempatan seperti Heaven’s Reign, Hening Cinta dan I Love You So Mochi. Ini senarai program Raya Viu wajib tonton tahun ini.
7 DRAMA VIU MALAYSIA PALING TRENDING
Platform penstriman popular Viu Malaysia tampil memeriahkan musim Ramadan dan Syawal 2026 dengan pelbagai drama asli tempatan (Viu Originals) serta micro drama eksklusif yang menjanjikan hiburan penuh emosi, romantik dan misteri.

PELBAGAI GENRE DALAM 10 DRAMA VIU MALAYSIA
Dengan gabungan genre daripada thriller, komedi romantik hingga drama keluarga, barisan kandungan baharu ini bukan sahaja menghiburkan tetapi turut menyentuh tema keagamaan, persahabatan dan kekeluargaan yang dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia.
Daripada kisah cinta menyentuh hati hingga thriller penuh konflik iman, barisan drama ini menjadi antara watchlist paling hangat dalam kalangan penonton Malaysia.
1. WALID : HEAVEN’S REIGN
Genre: Thriller | Episod: 12 | Tayangan: 26 Februari 2026 Pengarah: Pali Yahya | Penerbit: Rumah Karya Citra Pelakon: Faizal Hussein, Aqasha, Olla Ramlan, Dato’ Is. Ahmad Tamimi Siregar, Marisa Yasmin, Vanidah Imran
Sekuel kepada Bidaah, drama ini mengikuti Walid, bekas ketua ajaran sesat yang cuba membina semula pengaruhnya selepas meloloskan diri daripada tahanan. Konflik antara iman, ego dan pengampunan menjadi teras kisah penuh ketegangan ini.

2. SETIA YANG TERLUKA
Genre: Drama Thriller | Episod: 12 | Tayangan: Oktober 2026 Pengarah: Datuk Yusry Abdul Halim | Penerbit: Global Film Station Pelakon: Ezzanie Jasny, Sophia Albarakbah
Ariana menjadi suspek utama pembunuhan sahabat lamanya. Bersama Farhan, dia membongkar konspirasi berbahaya, namun mula meragui sama ada Farhan benar-benar sekutunya.
3. AKU PILIH PELANGI KU
Genre: Drama Romantik | Episod: 12 | Tayangan: 16 April 2026 Pengarah: Riza Baharudin | Penerbit: Global Film Station Pelakon: Mira Filzah, Zahiril Adzim, Noki K-Clique
Kisah seorang isteri yang berdepan ujian apabila suaminya kehilangan penglihatan. Kemunculan cinta lama memaksa pilihan antara kesetiaan dan mencari arah hidup baharu.
4. I LOVE YOU SO MOCHI
Genre: Komedi Romantik | Episod: 30 | Tayangan: 27 Februari 2026 Pengarah: Nurkhalisa Md Afendi, Ashrafiqal | Penerbit: MsOrange Solutions Creative Pelakon: Siti Khadijah Halim, Aniq Suhair, Badron Munirah
Dibawakan oleh Garnier, kisah dua sahabat baik yang mula diuji apabila perasaan sebenar terdedah, membawa kepada cinta segitiga penuh humor dan emosi.

5. DI SEBALIK CAHAYA RAYA
Genre: Persahabatan, Komedi | Episod: 20 | Tayangan: 26 Februari 2026 Pengarah: Esham Shahlin | Penerbit: Indigo Films Pelakon: Nabila Razali, Aizat Saha, Aila Azizul
Dibawakan oleh BRAND’S InnerShine, drama ini mengikuti seorang penyanyi yang cuba bangkit semula selepas karyanya dicuri. Berlatar suasana Ramadan, ia menyentuh tema ketabahan, identiti dan pencarian diri Drama keluarga yang membawa kisah kehidupan, persahabatan dan makna sebenar Syawal.

6. HENING CINTA
Genre: Romantik | Episod: 10 | Tayangan: 3 Mac 2026 Pengarah: Azmi Hata | Penerbit: Zeel Production Pelakon: Kamal Adli, Mimi Lana, Nadia Brian, Nor Albaniah, Amylia Aidura, Shahkimin
Dibawakan oleh NIVEA, drama ini mengisahkan Deeja, jururawat muda yang menyelamatkan Arfan selepas kemalangan. Hubungan mereka membawa sinar baharu, namun rahsia silam mengancam kebahagiaan yang baru ingin bermula. Kisah cinta penuh rahsia yang bermula daripada pertemuan tidak dijangka.

7. CELA
Genre: Drama Thriller | Episod: 12 | Tayangan: Ogos 2026 Pengarah: Feroz Kader | Penerbit: Global Film Station Pelakon: Hun Haqeem, Nabila Huda
Kisah Kaer yang mencari ketenangan selepas kematian bapanya, namun terjerat dalam hubungan manipulatif dengan majikan kaya Anees, sehingga rahsia gelap terbongkar.
JANGAN LUPA TONTON TAU!
Dengan pelbagai genre daripada thriller, romantik hingga drama keluarga, kandungan Viu Malaysia tahun ini membuktikan industri drama tempatan semakin berkembang dan berani membawa cerita yang lebih berlapis.
Jika anda sedang mencari drama Melayu terbaik untuk marathon sepanjang Ramadan dan Raya 2026, senarai ini memang wajib masuk dalam watchlist Viu anda. Muat turun aplikasi Viu di App Store, Google Play, Huawei AppGallery serta TV pintar terpilih, atau layari www.viu.com untuk menonton sekarang
