#GlowWithUlike – Ulike Raikan Tahun Baharu RAYA Bersama Selebriti
Jenama alat penyingkiran bulu No.1 dunia, Ulike, menganjurkan Acara Tahun Baharu RAYA secara besar-besaran di Malaysia. Menghimpunkan selebriti, pempengaruh, wakil media serta rakan strategik sempena musim perayaan untuk #GLOWWITHULIKE

#GLOWWITHULIKE
Acara bertemakan #GlowWithUlike ini menggabungkan semangat pembaharuan Tahun Baharu dengan nilai kesucian dan penjagaan diri sempena Raya.

TEKNOLOGI TERBARU
Ia sekali gus memperkukuhkan kedudukan Ulike sebagai peneraju global dalam peranti kecantikan berasaskan teknologi Intense Pulsed Light (IPL) dan inovasi Sapphire Ice Cooling yang terkenal dengan pengalaman hampir tidak menyakitkan.


ANNA JOBLING DUTA BARU ULIKE
Duta Jenama Ulike Malaysia, Anna Jobling, tampil menyerlah sebagai wajah utama acara. Kehadiran beliau disambut meriah dimana Anna Jobling juga menjadi Penghubung Jenama Global & Pengaruh Tempatan.


Selain Anna, kemunculan istimewa Bella Astillah yang turut memberi sokongan. Turut hadir memeriahkan acara ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menjadikan acara ini antara yang paling mendapat perhatian sepanjang musim perayaan.


KEYAKINAN & KECANTIKAN BERSAMA ULIKE
Selain sesi interaksi bersama selebriti dan KOL, tetamu turut berpeluang mencuba sendiri zon pengalaman produk imersif yang menampilkan teknologi fototerapi terkini Ulike. Pendekatan ini memberi peluang kepada pengguna memahami kelebihan teknologi penyingkiran bulu di rumah yang selamat, selesa dan berkesan.


Dengan operasi di lebih 17 negara dan lebih 4 juta pengguna global, Ulike menyatakan komitmennya untuk terus memperkukuh Malaysia sebagai pasaran strategik utama. Menerusi penganjuran aktiviti perayaan serta kolaborasi tempatan, jenama ini berhasrat membawa pengalaman kecantikan bertaraf dunia kepada lebih ramai pengguna di rantau ini.
