🏮 Majestic Village of Fortune Ubah the Curve Jadi Perkampungan Diraja Sempena Tahun Baharu Cina 2026
MAJESTIC VILLAGE OF FORTUNE
Sempena Tahun Baharu Cina, the Curve mempersembahkan kempen istimewa “Majestic Village of Fortune”. Mengubah ruang pusat beli-belah menjadi perkampungan Cina tradisional yang dipenuhi keanggunan diraja, tanglung bercahaya dan simbol kemakmuran.

SEMANGAT REUNION
Direka sebagai ruang pertemuan keluarga dan sahabat, kempen ini meraikan semangat reunion, tradisi yang dikongsi serta permulaan baharu yang penuh harmoni dan tuah.

Menurut Elaine Liew, Pengurus Besar the Curve, Tahun Baharu Cina bukan sekadar perayaan, tetapi peluang untuk merapatkan hubungan antara generasi dalam suasana bermakna.

GOD OF PROSPERITY WALKABOUT
Antara tarikan utama termasuk persembahan God of Prosperity Walkabout dan tarian singa yang melambangkan tuah serta kemakmuran. Seni tradisional turut menyerlah menerusi persembahan Face Changing, tarian kipas Cina, Lantern Fairies dan aksi Diabolo oleh bakat muda. Kanak-kanak pula boleh menyertai Little Lucky Craft Workshop yang interaktif.

PROSPERITY MARKET
Suasana perayaan dilengkapkan dengan Prosperity Market, menampilkan pilihan kuih perayaan, busana tradisional, barang kemas, dekorasi bunga dan produk kraf tempatan. Inisiatif ini turut menyokong usahawan PKS tempatan, selari dengan simbolik kemakmuran dan perkongsian rezeki.



RUMAH KASIH CHARITY HOME
Sebagai sebahagian komitmen komuniti, the Curve menganjurkan Pampering Day for the Elderly dengan rawatan dandanan percuma serta meneruskan inisiatif #KongsiKindness untuk menyokong Rumah Kasih Charity Home.

AKTIVITI MENARIK
Pengunjung juga boleh menyertai aktiviti “Crack Your Fortune” berpeluang memenangi syiling emas 999.9 Fine 1gm tajaan Wah Chan. Ganjaran eksklusif turut ditawarkan:

✔ RM288 – Set Ang Pow
✔ RM488 – Set teko khas + Ang Pow
✔ RM988 – Periuk Dessini + Ang Pow
Majestic Village of Fortune the Curve menjemput semua meraikan Tahun Kuda dengan penuh kegembiraan, kemakmuran dan kenangan indah.
