FILEM AZIMAT, LEBIH PADA SERAM ATAU PSIKOLOGI?

‘Kisah Kepercayaan Seutas Rantai Azimat Mampu Ubah Nasib Malang’

FILEM AZIMAT

Apabila membicarakan tentang filem yang paling diminati, sudah pasti genre seram sememangnya masih lagi menjadi pilihan penonton. Itu yang menjadi dorongan buat syarikat produksi dari Sarawak iaitu Faradale Media-M Sdn Bhd dengan menghasilkan Azimat, sebuah filem yang menggabungkan elemen seram dan psikologi.

FILEM AZIMAT

Namun ia diinspirasikan daripada kisah-kisah nyata yang sering berlaku dalam masyarakat, terutama sekali kepercayaan terhadap azimat dan kesan psikologi terhadap mereka yang mengalami trauma.

GABUNGAN MISTIK DAN EMOSI MANUSIA

Azimat memiliki keunikan tersendiri yang jarang ada pada filem seram lain iaitu gabungan elemen mistik tempatan dan pergolakan emosi manusia menerusi satu naskhah yang mendalam dan mencengkam.

“Idea menghasilkan Azimat mula tercetus pada tahun 2019 hasil perbincangan bersama dua rakan penulis yang tertarik dengan persoalan bagaimana kepercayaan, trauma dan nasib boleh saling berkaitan dalam kehidupan manusia. Kami cuba untuk menghasilkan sebuah cerita seram yang bukan sekadar menakutkan,
tetapi juga mencerminkan sisi emosi dan konflik jiwa seseorang yang berada di ambang putus asa,” 

-kata Penerbitnya, Kay Rezza Karim.

PARA PELAKON

Menariknya, pembikinan filem ini secara keseluruhannya membabitkan anak jati Sarawak, termasuk barisan pelakon utamanya iaitu Dee Dee Aine Peter, Heidi Abyana, Fadzril Afandy dan Rushdi Mornie Daud.

FILEM AZIMAT

DIALOG SARAWAK DAN IBAN

“Dialog yang digunakan pula adalah bahasa Melayu Sarawak, bahasa Iban dan bahasa Inggeris kerana ingin memberi sentuhan keaslian yang unik dan pemilihan Kuching sebagai lokasi penggambaran pula bukan sahaja kerana keindahan visualnya, tetapi sebagai latar sinematik yang kaya dengan budaya dan nilai estetika tersendiri.

“Pada masa sama kami ingin tonjolkan Sarawak bukan sahaja sebagai lokasi pelancongan, tetapi juga sebagai pusat penghasilan karya seni berkualiti dan disebabkan itu juga penggambaran juga dibuat di sekitar Kuching,” 

-ujarnya.

KEJADIAN MISTIK

Malah, dia juga mengakui turut berhadapan dengan beberapa kejadian yang pelik berlaku sepanjang penggambaran dilakukan selama 37 hari.

FILEM AZIMAT

“Antara kejadian pelik kami pernah alami termasuk mendengar bunyi-bunyi aneh, gangguan peralatan tanpa sebab dan pengalaman mistik yang dialami oleh beberapa kru. Apapun penggambaran tetap berjalan dengan lancar dan saya anggap semua yang berlaku itu sebagai satu pengalaman cukup berharga dan ia seolah-olah ‘menghidupkan’ suasana mistik filem di alam nyata,”

FILEM AZIMAT

-sambungnya lagi.

SINOPSIS AZIMAT

Azimat mengisahkan tentang kepercayaan seorang gadis iaitu Hanna terhadap seutas rantai azimat yang diyakini mampu mengubah nasib malang dirinya. Mahu mengubah nasib malang yang menimpa, dia bertemu dengan seorang bomoh Iban yang memberikannya sebuah rantai azimat.

FILEM AZIMAT

Kononnya sebagai pelindung diri daripada nasib malang yang sering menimpa diri. Namun, di sebalik ‘tuah’ rantai azimat itu, tersembunyi satu kegelapan yang perlahan-lahan menguasai jiwanya.

FILEM AZIMAT

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge