Dikatakan filem Sumpahan Nilam Utama adalah filem komedi thriller dimana sekumpulan remaja menemui misteri didalam sekolah!
FILEM SUMPAHAN NILAM UTAMA
Infinitus Production mengumumkan bakal menerbitkan filem komedi thriller dimana bakal menggabungkan elemen coming of-age, penyiasatan Dan juga misteri ghaib.
BAKAL PELAKON
Untuk Kali ini bakal menyampaikan pelakon gabungan bakat muda dan veteran antaranya Idan Aedan, Razin Qidran, Farihin Arnia, Taufiq Izmir. Juga tidak dilupakan Dato’ Tamimi Segar, Ellie Suriaty, Dr. Rosdeen Suboh, Anas Ridzuan, Aloy Paradoks Dan Taqim Zaki.

Usaha ini adakah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk memperkukuhkan landskap sinema Malaysia. Termasuk menghasilkan karya yang relevan untuk semua lapisan penonton.
KARYA RELEVAN DAN SEGAR
“Kami komited menghasilkan pelbagai genre filem yang boleh dinikmati semua penonton. Sumpahan Nilam Utama antara usaha kami menampilkan karya segar yang relevan. Hyrul Anuar membawa perspektif unik yang diyakini mampu menghidupkan penceritaan,”
-kongsi Penerbit Eksekutif Infinitus Entertainment, Gayatri Su-lin Pillai.

BAGI PENERBIT
Dalam gabungan tenaga pelakon muda yang dinamik dan gabungan pelakon veteran, karya ini mampu menghiburkan semua lapisan pelakon
DITAYANGKAN BILA?
Kini masih lagi dalam penggambaran dan bakal menemui para penonton di pawagam pada Tahun 2026.
SINOPSIS SUMPAHAN NILAM UTAMA
Mengisahkan empat pelajar tingkatan Lima iaitu : Ilham, Hakim, Daniel Dan Belon yang menyiasat misteri kebun manggis yang dikatakan berhantu. Namun apabila Suri – gadis pujaan Ilham hilang, mereka- terseret ke dalam rahsia gelap sekolah yang jatuh lebih menakutkan daripada hantu yang mereka fikirkan.

