Drama Inspirasi CSR TikTok Demi Kesedaran Komuniti Untuk Semua Bertajuk : HELLO BAM BAM.
HELLO BAM BAM
Hello Bam Bam bukan sekadar sebuah drama biasa, tetapi sebuah inisiatif seni dan CSR yang bertujuan membuka mata masyarakat terhadap isu kesihatan mental, trauma kanak-kanak, dan kehidupan insan terpinggir.

INSIPIRASI MESEJ POSITIF
Diterbitkan oleh Amy Mazurah dengan kerjasama MFI Group, drama ini hadir sebagai kandungan inspirasi penuh mesej positif yang dekat dengan realiti kehidupan, khususnya buat golongan remaja yang berdepan tekanan, buli, depresi, krisis identiti, hingga isu bunuh diri.
TAGLINE PUN ADA!
Dengan tagline “Hidup Itu Struggle.. Tapi Kami Tak Give Up!”, Hello Bam Bam tampil berbeza apabila memberi peluang kepada penonton untuk memilih pengakhiran cerita sama ada versi gembira atau sedih (Interactive Ending).
Lebih menarik, drama ini turut membuka ruang kepada pempengaruh, artis tempatan, penaja dan rakan strategik untuk bersama menyuarakan isu kesedaran mental melalui medium digital TikTok, menjadikannya lebih dekat dengan generasi masa kini.

PROJEK CSR
Projek CSR ini turut mendapat sokongan Tourism Johor dan penaja antaranya Win Win Food Industries (JB), Presgo Gateways (JB), Tiger Base Camp (Johor), Berjaya Waterfront Hotel (JB), Majalah Santai Travel serta Restoran KOPIHUT.
OST DRAMA
Selain itu, drama ini juga menampilkan sentuhan istimewa penyanyi era 90-an, Ady Wow, yang mendendangkan lagu baharu berjudul “LUAHAN” sebagai OST rasmi Hello Bam Bam.
SINOPSIS HELLO BAM BAM
Dari sudut jalan cerita, Hello Bam Bam membawa penonton menyelami kehidupan tiga jiwa terpinggir yang bertarung dengan trauma dan kezaliman masyarakat, namun memilih untuk melawan dengan kasih sayang. Awin (Shafie Naswip), seorang khunsa yang dibesarkan dalam penderitaan, melarikan diri dari asrama akibat dera dan buli, sebelum diselamatkan oleh Deddy (Diva AA), seorang pendandan rambut flamboyan yang memberi harapan baru.

SIAPA BAM BAM?
Pertemuan takdir memperkenalkan Awin kepada Jojo (Hello Angah), seorang tomboy lantang yang pernah berputus asa hingga hampir menamatkan riwayat hidupnya. Mereka kemudian bertemu Bam Bam (Bang Aji), seorang kanak-kanak terbiar yang hampir dijadikan mangsa sindiket oleh ayahnya sendiri (Sofi Jikan). Dalam kekurangan, Awin dan Jojo nekad menjadi “ibu” dan “ayah” kepada Bam Bam, sekali gus mengubah seluruh perjalanan hidup mereka.
BANGKIT MELALUI TIKTOK
Namun, kehidupan mereka tidak pernah mudah. Selain berdepan kemiskinan, trauma silam dan tekanan hidup, mereka juga diuji dengan ancaman Black (Kodi Rasheed), majikan lama Jojo yang menyimpan dendam, serta kezaliman Cik Wawa (Maria Farida), tuan rumah kaya yang tamak.

Walaupun begitu, mereka tetap memilih untuk bangkit Awin memulakan perniagaan makanan melalui TikTok Live, manakala Jojo bekerja di bengkel baharu milik Kak Sha (Sharina Richie). Dengan kekuatan kasih sayang dan sokongan rakan-rakan, mereka melawan segala cabaran demi memberikan kehidupan lebih baik buat Bam Bam.
Hello Bam Bam bukan hanya sebuah drama, tetapi sebuah karya yang menyentuh realiti masyarakat tentang depresi, trauma, kemiskinan, dan perjuangan insan yang tidak pernah menyerah. Ia mengingatkan kita bahawa kasih sayang, meskipun hadir daripada insan yang tidak sempurna, mampu menyelamatkan jiwa dan menyalakan harapan baru.
