MCMC TIDAK GANTUNG LESEN ERA FM!

MCMC tidak gantung lesen Era FM, tetapi dikenakan dendan RM250,000.

MCMC

Berhubung dengan insiden yang telah berlaku, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memutuskan untuk tidak menggantung lesen Maestro Broadcast Sdn Bhd, pengendali Era FM.

TERIMA RAYUAN

MCMC telah menerima rayuan daripada syarikat tersebut berhubung notis niat penggantungan lesen yang dikeluarkan pada 7 Mac 2025. Dalam kenyataan media, MCMC menjelaskan bahawa keputusan ini dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor penting.

TIDAK MENGGANTUNG LESEN

“Keputusan telah dibuat untuk tidak menggantung lesen Maestro Broadcast Sdn Bhd. Dalam membuat keputusan tersebut, pertimbangan juga telah diberikan terhadap tindakan-tindakan susualan yang telah dilaksanakan oleh syarikat pemegang lesen.

Antaranya seperti permohonan maaf oleh pihak terlibat jua kesan pernggantunggan terhadap stesen radio Melody dan Mix FM yang beroperasi dibawah lesen yang sama.”

-menurut kenyataan itu.

DENDA RM250,000

Walau bagaimanapun, Maestro Broadcast Sdn Bhd dikenakan denda sebanyak RM250,000 atas kesalahan memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasim TikTok Era FM.

Denda dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selepas pindaan berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.

“Kompaun tersebut dikeluarkan selepas mendapat izin daripada Jabatan Peguam Negara.”

-jelas MCMC

PANDANG SERIUS

MCMC menegaskan bahawa pihaknya memandang serius tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan antara agama atau kaum dinegara ini. Sebarang tindakan memuat naik kandungan dalam talian yang boleh mengakibatkan ketegangan antara agama atau pun menganggu kehormanian masyarakat berbilan kaum di Malaysia di pandang serius.

Semoga pengendali media dan pengguna platform digesa agar sentiasa bertanggungjawab dalam memastikan keharmonian kaum dan agama di Malaysia terus dipelihara.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *