Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari Eksport Belia 2018 Untuk Mempromosikan Budaya Keusahawanan Global|Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menganjurkan Hari Eksport Belia 2018 pada 8 Disember 2018 sebagai satu (1) inisiatif untuk menggalakkan penglibatan belia Malaysia dalam perdagangan antarabangsa.

Acara pada Hari Eksport Belia 2018 yang dijalankan buat julung kali ini akan mengambil tempat di Menara MATRADE di Kuala Lumpur dan akan menampilkan program-program seperti sesi bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Datuk Darell Leiking untuk membincangkan peluang dan cabaran belia menceburi perniagaan global, sesi panel bersama usahawan selebriti, aktiviti sukan luaran seperti memanah, street soccer, wall climbing dan paintball, arked e-sukan, pertunjukan robotic, karnival jualan, pertunjukan dan tutorial fesyen, graffiti dan banyak lagi. Penampilan artis-artis terkemuka dan selebriti sosial media juga akan memeriahkan lagi acara ini.

Hari Eksport Belia 2018 adalah salah satu (1) usaha untuk menggalakkan belia negara mengambil inisiatif untuk merangka pelan mengakses pasaran Iuar negara seawal penglibatan mereka di dalam aktiviti keusahawanan.

Hari Eksport Belia 2018 akan menjadi platform yang ideal buat golongan bawah 40 tahun untuk berhimpun dan mengembangkan rangkaian perniagaan mereka.

“Sebagai agensi promosi perdagangan negara, MATRADE melihat usaha ini sebagai satu langkah yang proaktif bagi memastikan kesedaran tentang perdagangan antarabangsa di kalangan usahawan muda negara. Tambahan, kami melihat budaya keusahawanan belia semakin kuat pada waktu ini. Namun perspektif mereka masih bertumpu di peringkat domestik sahaja sesuai untuk Hari Eksport Belia 2018”

“Justeru, penting bagi MATRADE untuk memastikan kesedaran dalam aktiviti eksport dapat dipupuk darl awal dan Hari Eksport Belia 2018 akan memainkan peranan dalam konteks tersebut,” 

“ASEAN mempunyai Populasi belia yang tinggi dan mereka mempunyai kekuatan yang khusus sebagai pengguna.Lebih 70 peratus populasi ASEAN adalah di bawah 45 tahun dan mereka memainkan peranan sebagai tenaga kerja negara selain menggerakkan budaya keusahawanan negara.”

“Kewujudan platform digital kini juga telah memudahkan akses mereka ke pasaran luar negara MATRADE akan memberi bimbingan kepada mereka dari segi penyampaian maklumat pasaran, kesedaran strategi eksport dan akses pasaran agar mereka mendapat peluang untuk berdagang ke lebih 234 pasaran di seluruh dunia,”

-Ketua Eksekutif MATRADE Ir. Dr. Mohd Shahreen Zainooreen Madros.

Pengukuhan peranan belia dalam memacu perdagangan negara juga adalah seiring dengan aspirasi ASEAN yang mementingkan hubungan people-to-people, pemindahan teknologi dan perkongsian pengetahuan antara belia seperti yang termaktub di dalam pelan AEC 2025.

Kemasukan ke Hari Eksport Belia 2018 adalah percuma dan 2000 pengunjung terawai bakai menikmati cenderahati istimewa pada hari acara tersebut.

Untuk pertanyaan lanjut berhubung Hari Eksport Belia 2018, sila Iawati laman sosial MATRADE di Facebook, lnstagram Hari Eksport Belia 2018 (Youth Export Day) atau Iawati laman sesawang www.youthexportday.com.

Ikuti MATRADE di Twitter @MATRADE dan Facebook MATRADE HQ Muat turun aplikasi TradeZMedia untuk maklumat terkini

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge