Dengan hanya satu bahan utama, terdapat banyak resepi yang boleh dihasilkan dengan mudah, serta pantas! Ini dikongsikan resipi sotong simple & sedap!
RESEPI SOTONG SIMPLE & SEDAP
SOTONG MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN :
1 kilo sotong segar
2 cawan santan pekat – boleh tambah
1 keping asam keping
2 batang serai di titik
garam secukup rasa
DITUMBUK LUMAT :
3 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia *
Kalau kuah kurang tambah santan dan jika suka pedas tambah lagi cili
Tambah atau kurang bahan-bahan ikut selera sendiri ya 😊

CARA MEMASAK :
– Bersihkan sotong dan di potong kecil serta ketepikan semua dulu .
– Tumbuk semua bahan sampai lumat .
– Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan tumbuk sampai wangi .
– Masukkan santan , serai dan asam keping .
– Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong , sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak .
– Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong masak dan boleh la ditutup api dapur .
Cdt: nanie khuzaifah
SOTONG SUMBAT TELUR!
BAHAN-BAHAN
Inti Sumbat :
3 biji telur ayam
Carrot – dicincang
Isi ayam/udang – dicincang
Capsicum
Secubit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
Campur semua bahan dan goreng hancur ala2 scramble egg tuu
SAMBAL SOTONG
6 ekor sotong
4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih (ditumbuk / dihiris)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu rempah kari
1 biji bawang holland
2 sudu sos cili
Minyak untuk menumis
Pencongkel gigi/lidi
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukupnya

MEMASAK
– Sumbat sotong dengan telur yg dan dimasak hancur. Tutup semula dengan kepala sotong dan cucuk dengan pencongkel gigi
– Tumis bawang hingga naik bau
– Masukan cili kisar dan biar hingga pecah minyak
– Masukan serbuk kari dan sos cili
– Boleh masukkan sotong yang telah sumbat dan biar sampai mendidih
– Masuk gula, garam dan air asam jawa sesedap rasa
– Masukan bawang holland yang telah dipotong bulat
– Hias sikit dengan cili atau daun bawang. Rumah Azie takde stock. Belasah jela takde hias. Tadaa, sedia untuk dihidang.
Kredit: Azie nk
SOTONG TELUR MASIN 🦑
RESEPINYA
10 ekor sotong (potong nipis)
5 sb tepung jagung
3 sb lada sulah
1 bj telur
Sedikit garam
– (Gaul2 semua dan goreng 3 – 4 minit)

Beberapa helai daun kari
3 btg Cili padi
3 sb Butter (salted)
1 sb gula
1 sb Serbuk pati ayam
– Cairkan butter dan masukkan telur kuning.. masak sampai berbuih
– Masukkan cili padi/daun kari/serbuk pati ayam – gaul rata semua
– Masukkan sotong goreng tadi dan gaul sampai rata/kering, tutup api
– Tabur gula dan gaul lagi dlm seminit biar gula sebati dan rata
**rebus telur masin 2 biji
-ambil kuning sahaja & hancurkan sedikit
RESEPI SAMBAL SOTONG CAMPUR PETAI
BAHAN:
Bawang putih/merah kisar
Cili kisar
Air Asam
Sotong goreng (half cooked)
Petai
Garam/Gula

CARA CARA
-Tumis bawang sampai kuning …
– Masukkan cili kisar…
– Tumis smpi pecah mnyk …
– Masukkan air asam sikit ..
– Tumis lagi, lepas tu masukkan petai/sotong
– Perasakan dgn garam dan gula …
** saya ada letak serai/daun limau purut sikit (rahsia sambal sotong sedap dan buang bau hanyir)
credit : homemadeByRoselyza
RESEPI SOTONG SUMBAT BAKAR THAI
SEMESTINYA BAHAN-BAHAN
Sotong saiz besar
Isi udang segengam
Telur 1 biji
UNTUK SOS
5 ulas Cili kecil
4 sudu gula
Secubit garam
3 sudu cuka makan
3 ulas bawang putih
2 ulas Bawang merah
2 sudu kecil tepung jagung
Sedikit air
Hirisan daun ketumbar
BAHAN KISAR INTI
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 hirisan Halia

CARA MEMASAK
– Hancurkan isi udang gaul dengan telur dan bahan Kisar.
– Sumbat inti tadi dalam sotong, ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu.
– Bakar sotong sumbat tadi, saya guna pemanggang ajaib sahaja kemudian bila sudah masak potong sedikit tapi buat jangan bagi terpisah.
– Blender atau tumbuk dan tumis semua bahan, boleh tambah bilangan cili ikut tahap kepedasan yang anda nak, masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
– Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan Siap untuk dimakan.
– Bahan-bahan mengikut kuantiti sotong dan saiz, selamat menjamu selera.
.
Resepi: Fadhilah Esa