5 JENIS PISANG YANG POPULAR DI MALAYSIA!

Jom pelajari 5 Jenis pisang yang ada di Malaysia!

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis pisang yang boleh ditanam dan enak dimakan serta banyak kegunaannya. Dari batang, daun, jantung dan buah semuanya memberi manfaat yang berguna.

Terdapat lebih dari dua puluh jenis pokok pisang yang terdiri dari pelbagai bentuk, ukuran dan rasa serta kegunaannya juga tidak sama bagi setiap jenis pisang.

Ia bukan sahaja kaya dengan khasiat, malah rasanya juga sedap selain kerap menjadi pilihan sebagai bahan dalam berbagai jenis masakan.

Pokoknya mudah ditanam dan tidak memerlukan rutin penjagaan yang ketat. Senang cakap, kalau Mommy tak boleh menanamnya di rumah, Mommy beli sahaja pisang-pisang tersebut di pasar atau kedai berdekatan.

Jom lihat beberapa jenis pisang yang wujud di Malaysia dan khasiat daripada setiap satunya.

JENIS PISANG

-EMAS

Pisang emas memiliki bentuk yang kecil dan sering dijadikan snek kerana rasanya yang sangat sedap.

Namanya pula diberi disebabkan warnanya yang kuning keemasan setelah masak. Walau bagaimanapun, pisang ini akan bertukar menjadi lebam dalam beberapa hari sahaja.

Pisang emas yang masih muda boleh dibuat masak lemak, dan gulai. Pisang yang sudah masak boleh dimasak menjadi pengat pisang dan cekodok.

-AWAK

Pokok ini merupakan sejenis pokok pisang yang besar dan tinggi serta sering menghasilkan buah yang banyak. Buahnya enak digoreng dan dimakan bersama sambal kicap. Selain itu, ia juga sedap dibuat lepat pisang, nagasari, pengat dan pisang salai.

Kredit gambar : en.wikipedia.org

Pisang awak juga boleh direbus dan dimakan dengan kelapa muda yang diparut, buah pisang awak tua boleh digoreng menjadi kerepek dan buah pisang awak yang sudah ranum pula sangat sesuai dibuat cekodok atau lempeng pisang.

BERANGAN

Buah pisang berangan sering menjadi pilihan ramai kerana mempunyai saiz yang sangat sesuai untuk dijadikan makanan pencuci mulut yang biasanya dihidangkan di majlis-majlis keramaian dan jamuan.

Kredit gambar : onefamily.com.my

Ia juga sesuai digunakan untuk membuat roti canai pisang. Selain itu, pisang berangan juga enak dijadikan pisang goreng kerana ia tidak benyek atau lembik.

Manakala, buah pisang berangan yang ranum boleh dibuat cekodok pisang ataupun kek pisang.

RAJA

Saiz pokok pisang raja agak besar dan tinggi dan mengambil masa sehingga setahun setengah untuk menuai hasilnya.

5 JENIS PISANG YANG POPULAR

Pisang raja dikatakan memiliki rasa yang paling enak dan sangat sesuai dijadikan pisang goreng berbanding buah pisang lain selain dijadikan makanan pencuci mulut, dibuat pengat pisang dan kek pisang.

Buah ini juga boleh dijadikan kerepek pisang. Buah pisang raja yang sudah matang bertukar menjadi kuning terang dan isinya kekuningan serta beraroma.

NANGKA

Buah pisang nangka agak berbeza dengan pisang lain kerana walaupun sudah matang, warnanya masih hijau.

Akan tetapi jika kulitnya menjadi kekuningan, ia tidak sesuai lagi untuk digoreng kerana isinya sudah menjadi lembik. Buah pisang nangka yang sudah matang, biasanya dibuat pisang goreng. Rasanya agak manis sekalipun ada sedikit rasa masam seperti pisang tanduk.

Pisang nangka juga boleh dimasak menjadi pengat, kerepek pisang, sira, atau direbus, manakala yang terlalu matang boleh dilenyek dan dijadikan cekodok, lempeng atau kek pisang. Buah pisang nangka yang matang akan menghasilkan aroma yang harum.

BONUS: RAJA UDANG

Sebenarnya, ada pelbagai jenis masakan yang boleh dibuat dengan pisang raja udangni. Cumanya, jenis pisang yang ini mungkin kurang popular berbanding pisang-pisang yang lain. Antaranya adalah cekodok, lempeng, kek pisang serta boleh juga dijadikan sebagai kerepek.

Kredit gambar: www.butterkicap.com

Namun begitu, pisang ini sangat jarang dijumpai dan terdapat pelbagai versi cerita yang menyatakan bahawa mereka yang mempunyai darah keturunan Melayu Rawa tidak boleh makan pisang jenis ini.Namun pisang jenis ini tidak mendapat perhatian untuk dipasakan. Pokoknya tumbuh hanya sekitar 2.5 meter.

Sebenarnya, terdapat banyak lagi jenis pisang yang boleh didapati.Setiap jenis pisang ini mempunyai keunikan, khasiat dan kegunaannya yang tersendiri.

credit : mptherhood

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge