BARIISTAR HASILKAN 30 PERISA SIRAP RASA LOKAL, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sesuatu yang baru dan menarik terutama bila dapat merasa perisa lokal. Bukan satu atau dua tetapi 30 perisa ye
MARA BREW 2023
Baru-baru iniMajlis Amanah Rakyat (MARA) menganjurkan MARA Brew ’23. Sebuah program untuk memperkenalkan dan mempromosi pengusaha kopi dalam industri makanan dan minuman (F&B).
10 vendor kopi menyertai program yang dijalankan selama empat hari bermula 22 hingga 25 Jun 2023.

BARIISTAR
“Bariistar berkembang dengan bantuan MARA yang diberi dalam bentuk geran, pembiayaan dan bantuan kilang bagi melancarkan lagi perniagaan ini.
“Jadi sudah sampai masanya untuk perniagaan ini lebih berkembang. Perlu pandang ke hadapan dengan mengangkat jenama ini ke seluruh Asia.
Apatah lagi budaya meminum kopi lebih tinggi terutama di Indonesia dan Vietnam,”
-kata Pengasas Bariistar, Dr Shahir Suhaimi, 35.

KERJASAMA DENGAN TIGA BUAH NEGARA?
Pihaknya telah menjalin kerjasama dengan beberapa buah syarikat dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Vietnam.
“Kerjasama yang dijalinkan ini diharap dapat mengukuhkan hubungan ekonomi terutama bagi perniagaan berskala sederhana. Selaku jenama pengeluar pati sirap, saya mensasarkan untuk menjadi pengeluar pertama bumiputera.

Memfokuskan rasa tempatan seperti onde-onde, durian, tembikai, kelapa, nenas, ros dan berbagai-bagai lagi.
Tambahnya, dalam masa setahun, Bariistar telah berjaya mencapai target jualan sebanyak RM1 juta. Sasaran 2024 pula melebihi RM5 juta sementelah melihat trend peningkatan permintaan di seluruh negara.
UNTUK DI RUMAH ADA JUGA KE?
“Bariistar diedarkan ke kafe kopi dan kedai-kedai bahan makanan dengan harga berpatutan. Disediakan dalam botol bersaiz besar dan menjimatkan, sesuai untuk usahawan yang menjual kopi.

“Tidak ketinggalan, Bariistar juga terdapat dalam botol kecil untuk kegunaan persendirian di rumah,” ujarnya.
PLATFORM UNTUK USAHAWAN
Sementara itu, Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi berkata, program tersebut adalah platform bagi menarik lebih ramai usahawan bumiputera.
Terutamanya belia untuk menceburi perniagaan yang mempunyai ramai peminat.

“Hasrat itu juga sejajar dengan ikutan dan permintaan kebanyakan warga kota masa kini yang menjadikan minuman berkenaan sebagai sebahagian daripada gaya hidup.
“Kita perlu mengambil trend itu sebagai peluang yang boleh memberi impak kepada ekonomi negara termasuk membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat,” katanya.

Sekarang pun makin banyak kedai kopi hipster bagai cendawan selepas hujan.