DUO TERBAIK – ALAMAK, SIAPA RAMPAS TAKHTA NIE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Katanya minggu nie minggu Retro, jadi siapa yang rampas takhta siapa nie?

ZAKI YAMANI & YAMANI ABDILLAH

Anak kepada Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah rupanya bekas juara episod pertama di musim lalu.

Kali ini merampas takhta sebagai duo terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah juara mingguan sebanyak RM10,000!

GAMIT MEMORI

Corak persembahan dua beradik ini menyampaikan lagu ‘Khayalan’ nyanyian asal kumpulan Black Dog Bone.

Berjaya membawa penonton menggamit memori zaman 60an & 70an dengan menampilkan gaya dan tarian Retro mereka tersendiri.

TEMA RETRO 60AN & 70AN

Minggu ketiga Famili Duo ini menyaksikan tujuh pasangan selebriti popular ini berentap membawa persembahan yang bertemakan ‘Retro 60an & 70an’.

Titik peluh  Zaki dan Yamani pada minggu ini membuahkan hasil sekaligus membawa mereka ke tempat ketiga dengan markah keseluruhan sebanyak 165.8%. 

“Alhamdulillah rezeki berpihak kepada kami minggu ini walaupun juri menegur kami membuat beberapa kesilapan dalam persembahan.

Namun kami amat bersyukur dan kami menganggap kemenangan yang tak disangka ini adalah rezeki atas titik peluh kami.

Kami amat berterima kasih juga kepada peminat-peminat yang tak henti-henti mengundi kami kerana kejayaan ini tidak akan terhasil tanpa anda semua,”

-menurut Zaki dan Yamani.

KEDUDUKAN PERSEMBAHAN DI EPISOD KETIIGA #FAMILIDUOTV3

Zaki Yamani & Yamani Abdillah – Khayalan [66.8%]

Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique – Mas Mona [61.6%]

Bella Astillah & Wani Kayrie – I Will Survive [61.5%]

Ayda Jebat & Fyna Jebat – Medley Staying Alive, Tragedy & Night Fever [61.2%]

Siti Saida & Siti Sairah – Malam Pesta Muda Mudi [60.6%]

Ara Johari & Shaffiq Erwin – Aci Aci Buka Pintu [49.3%]

Sissy Iman & Naim Daniel – Medley Kasih & Seiring Sejalan [48%]

Minggu ketiga Famili Duo diceriakan  dengan persembahan kumpulan Dolla yang telah membawa lagu ‘Sudi & Dolla Make You Wanna’ sebagai persembahan penutup.

Dapatkah Zaki Yamani dan Yamani Abdillah mengekalkan konsistensi mereka apabila telah dinobatkan sebagai juara minggu ketiga?

Adakah mereka akan memberi kejutan dengan tema pilihan mereka iaitu ‘Romantis & Cinta’ pada minggu yang seterusnya?

Website Tonton|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge