Chaleeda yang mula dikenali dahulu lewat platform media sosial Youtube kerana sering menyanyikan semula lagu-lagu popular artis antarabangsa, berjaya menarik perhatian pihak Rocketfuel dan kini bergelar artis rakaman dan juga pelakon. Pernah bekerjasama dengan bintang hip hop tersohor SonaOne.
” Selepas mendapat maklum balas yang baik dari peminat dari Malaysia, kami yakin Chaleeda akan berjaya menempatkan diri di dalam muzik Industri tempatan. Lagu-lagu yang kami sajikan juga adalah mengikut citarasa tempatan walaupun ianya lagu berbahasa Inggeris. ”
-kata Chaleeda
.
.
Lagu ‘Growing Up Sucks’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Growing Up Sucks’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

