Lil J Bersama Chaleeda Dalam Single ‘BestFriend’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lil J Bersama Chaleeda Dalam Single ‘BestFriend’|Bintang rap yang mula meningkat naik Lil J akhirnya memperkenalkan dirinya kepada pencinta muzik tempatan dengan lagu yang berjudul Bestfriend. Lil J merupakan salah seorang penyanyi rap yang dicungkil bakatnya oleh Joe Flizzow menerusi program 16 Baris yang sedang hangat diperkatakan.
Kebolehan Lil J dalam menulis lirik, menyanyi rap dan mencipta lagu berjaya membuka mata Rocketfuel Entertainment untuk mengambil beliau sebagai artist rakaman. Biarpun baru beberapa tahun berkecimpung dalam arena hip hop Lil J diberi peluang tampil bersama bintang asal Thailand Chaleeda Gilbert untuk single ini.
‘Bestfriend’ merupakan kolaborasi pertama Lil J bersama Chaleeda dan merupakan sebuah karya hebat hasil nukilan penyanyi dan penerbit hip hop tersohor Joe Flizzow,Alif dan SonaOne.
Biarpun judul lagu ini di dalam Bahasa Inggeris, ‘Bestfriend’ sebenarnya merupakan sebuah lagu berbahasa Melayu. Ia hanya menyelitkan beberapa bait lirik Bahasa Inggeris dan merupakan lagu Melayu pertama buat kedua-dua penyanyi muda ini.
Sungguhpun berusia lewat belasan tahun, kedua-dua bintang ini mempunyai potensi yang besar dalam industri hiburan dan mempamerkan kematangan dalam bakat seni yang mereka persembahkan.
Lebih menarik lagi, Lil J yang lebih sering membuat persembahan di dalam Bahasa Inggeris berani tampil untuk menyampaikan sebuah lagu di dalam Bahasa Melayu yang jelas sekali merupakan sebuah bahasa asing buat Chaleeda juga.
Walau bagaimanapun lagu berentak rancak dengan elemen hip hop moden ini disampaikan dengan begitu baik oleh mereka berdua dan dijangka bakal berbekas di hati peminat muzik serantau.

“Lil J dan Chaleeda masing-masing mempunyai kekuatan mereka sendiri dari segi cara nyanyian dan juga peminat dan saya rasakan kolaborasi mereka berdua dalam lagu ini pasti akan memberikan impak tersendiri di dalam muzik hiburan Malaysia. Bukan itu sahaja ini merupakan lagu berbahasa Melayu pertama buat mereka, kami sengaja berikan sedikit kelainan buat Lil J dan Chaleeda untuk memikat hati pencinta muzik Malaysia”
-kata Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.,
Single ‘Bestfriend’ ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi. Selain itu, muzik video rasmi ‘Bestfriend’ juga akan mula berada di saluran YouTube Rocketfuel Network tidak lama lagi.

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge