Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dapur Thermomix, Teknologi Memasak Alaf Baharu Patut Di Miliki| Pastinya ramai ibu yang berkerjaya selalu berlawan dengan masa. Dengan adanya dapur secanggi Thermomix ini semua masakan yang anda ingin masak mampu diselesaikan dalam masa yang lebih cepat. Yang paling penting dapur anda tidak berkecah dan tidak perlu lagi membersihkan sisa-sisa minyak ynag merecik dan lantai juga tidak berminyak

Thermomix, jenama peneraju inovasi kejuruteraan teknologi dapur lebih 50 tahun ini memperkenalkan teknologi memasak alaf baharu yang memberi penyelesaian kepada mereka di luar sana terutamanya ibu-ibu bekerjaya yang ingin menyediakan hidangan keluarga dengan cepat dan pantas.

Hanya sentuh fungsi memasak yang diingini pada skrin sentuh, anda boleh mengacau, mencampur, memutar, mencincang, menimbang, memasak, mereneh dan mengemulsi apa jua bahan yang anda perlukan.

Berkesempatan untuk turut bersama didalam workshop “Memasak bersama Chef Theresa” mengenali dengan lebih mendalam tentang Thermomix. Bukan satu masakan ye tetapi sebanyak 8 hidangan yang kami siapkan .
Bubur Teochew Seafood
–Penyediaan: rebus+stim


Skon Oatmeal
–Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan doh



Tat Telur
–Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan doh pastri

Peanut butter jem handmade
–Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan lepa

Mi Hor Fun dengan Ayam Carik
–Penyediaan: stim+rebus


Kek Stim Ayam Flos
–Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan kek
Kari Daging Tamarind
–Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan pes



Ais Krim Coklat pisang
–Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan ais krim
Jus Lemonade
–Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan jus 

Semua menu yang disediakan diambil daripada buku resipi “Thermomix Easy Meals for the family Asian Edition” yang ditulis oleh Chef Theresa. Untuk yang kurang mahir memasak pasti terpesona dengan teknologi yang ada pada Thermomix. Memang mudah memasak dan menyediakan hidangan keluarga sekarang ini dengan Dapur Thermomix ini

Bukan sahaja mudah, pantas malah ia dapat membantu mengekalkan khasiat makanan yang disediakan.
Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/ThermomixMalaysia atau https://Thermomix.com.my