Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Berkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Pula …. |Jika sebelum ini di Putrajaya tetapi kini KP ke Seremban pula untuk support office event “Le de Tour Langkawi”. Walaupun pit stop di Rembau tapi kami berkampung di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban. KP memang teringin ke sini daripada dulu lagi kerana ramai yang memberikan review terbaik tentang hotel ini. Kali ini memang KP tidak sempat langsung untuk ronda-ronda di hotel atas tugasan office dari 8pagi hingga 10malam. Jadi KP cuma sempat rakamkan gambar bilik sahaja
Sedikit informasi tentang Royale Bintang Resort & Spa Seremban
Ianya 9 minit berjalan kaki dari Stesen Kereta Api Seremban. Hotel berbintang 4 bintang in cuma 2 km dari hotel mewah ini Terminal 1 Shopping Centre dan 12 km dari Rasah Kemayan Golf And Country Club. Royale Bintang Resort & Spa Seremban mempunyai 345 bilik dan suite. Terdapat tiga (3) kategori bilik dan lima (5) kategori suite tetamu. Terdapat juga dua bilik (2) direka khas untuk tetamu kurang upaya.
Jom layan bilik yang KP menginap untuk kali ini.












Swimming pool yang tak sempat KP rakamkan sebagai kenangan.Semestinya KP berhajat untuk datang sekali lagi ke sini bersama ahli family yang lain untuk menikmati penginapan di sini sambil menggunakan fasiliti yang ada seperti swimming pool, spa dan juga gym. Walaupun KP ke sini satu malam sahaja tapi ianya masih stay yang terindah kerana setiap staff yang ada tidak pernah lokek dengan senyuman dan membantu bila ditanya.
Dari parking – pintu masuk- front desk sewaktu check in- menjamu selera untuk makan malam- dan ketika check out terasa kedatangan KP ini di alu-alukan. Insyallah KP bakal kembali dan harap ianya kekal seperti apa yang KP alami. Nak ke mana lepas ini ? Lihat sahajalah kaki melangkah ke mana ye dan inginkan maklumat lanjut layari
Website Royale Bintang Resort & Spa |




