Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Fast Mart Mini Street adalah Lego collection terbaru dalam family KP. Pada yang mengenali KP dan pernah membaca di mana Irfan & Qurratul adalah peminat setia Lego. Setiap minggu kalau boleh mesti ada koleksi baru untuk lego familynya agar dapat menambah koleksinya.
Berjalan-jalan di Uptown Kota Damansara, tempat pertama yang wajib di singgah iyalah kedai lego bersebelahan dengan kedai kasut. Pelbagai koleksi yang ada di sini boleh jadi rambang mata dan kalau boleh semuanya nak beli. Geram sebab comel belaka, kembali balik ke zaman kanak-kanak pula.
Koleksi terbaru dalam keluarga kami
Mini Street
Ianya adalah koleksi kedai sebanyak 8 kedai terdiri dari Fast Mart, Nike, Apple, Dunkin Donut, KFC, Mcdonald, Starbucks dan 7-11. Sesuai untuk penggemar Lego dan umur 6 tahun ke atas di syorkan untuk bermain. Takut pula bawah dari 6 tahun tertelan atau tercekik kerana terdapat kepingan lego yang halus
Fast Mart Mini Street –
koleksi terbaru KP dan family. Seperti supermarket yang ada di luar macam KK dan 99 Speedmart. Mempunyai 201 keping dan menariknya ialah 3D . Maksudnya di belakang pun boleh nampak apa yang ada . Tak percaya jom tengok




Ini baru satu Fast Mart Mini Street, masih ada lagi 7 yang KP nak share. Rugi wei kalau tak beli, dah siap pasang letak sebaris nampak comel ajer semua. Nanti jangan lupa singgah blog KP tengok yang koleksi lain tau
#kitepunye #kitepunyedotcom #legocollection #fastmartministreet


