Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
OnlyMee Restoran adalah destinasi pertama kami untuk hari ke 3 #ETWPutrajayaFoodTrail. OnlyMee juga antara penaja bersama menjayakan program Putrajaya Food Trail bersama Gaya Travel dan Perbadanan Putrajaya. Masih lagi di area Putrajaya, kami para media dan bloggers mencari makanan-makanan yang enak untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Tidak sangka Putrajaya mempunyai banyak lokasi kedai makan yang enak dan sedap
Informasi tentang OnlyMee
OnlyMee restoran mempunyai 2 lokasi buat masa ini di mana di Marina Putrajaya dan juga SACC Shah Alam. OnlyMee membuat mee-nya sendiri seperti spaghetti mee, chinese mee ( mee sua), pan mee dan juga ramen mee. Mee yang di hasilkan di sini adalah segar dan ianya di perbuat oleh Chef yang terlatih unuk memastikan kualiti dikekalkan. Mee yang di hasilkan menggunakan mesin yang diimport dan direka khas dari Korea.
Dekorasi Restoran OnlyMee
Cukup simple dekorasi di restoran OnlyMee di mana ianya memainkan warna -warna yang sejuk mata memandang. Tempat duduk pula ada 2 bahagian. Di dalam mahupun di luar untuk menikmati pemandangan
Lihat sahaja warna yang dipadankan di meja untuk santapan bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan atau rakan sepejabat

Jenis Mee
Inilah mee yang telah dihasilkan dari mesin yang direka khas seperti yang di minta oleh OnlyMee yang didatangi khas dari Korea
Spaghetti mee, ramen mee, pan mee, mee sua dan laksa


Di OnlyMee Putrajaya ada juga menjual makanan tradisional seperti Penang Assam Laksa, Pulau Pinang Prawn Mee, Ipoh Curry Laksa dan Mee Rebus. Manakala makanan seperti antarabangsa juga ada Ginseng Duck Mee, Japanese Soba Udon, Itali Spaghetti Bolognese, dan Thai Green Curry Mee. Jadi tidak perlu pening, risau dan gusar takut pilihan mee tiada dijual di sini
Proses Membuat Ramen Mee dan Pan Mee
Bahan-bahan yang diperlukan membuat mee ialah tepung, air dan sedikit garam















Pada yang mengikuti para media mahupun food blogger, saat -saat seperti ini memang akan berlaku. Beginilah kami apabila ke food trail. Masing-masing pastinya berebut untuk dapatkan shot yang terbaik tidak kiralah menggunakan handphone, kamera mahupun DLSR. Cantik kan


Promosi terbaru di OnlyMee iaitu dihidangkan didalam mangkuk bersaiz kecil : Penang Prawn Mee, Ipoh Curry Laksa, Thai Green Curry Mee dan Penang Assam Laksa yang cuma berharga RM 12.00 sahaja
Jadi kalau berada di Marina Putrajaya jangan lupa singgah di OnlyMee . Pilih yang mana berkenanan di hati dan jangan lupa kongsikan kegembiraan mahupun kesedapan dengan #onlymee. Oklah.. KP dah lambat untuk ke lokasi seterusnya.. Jom jalan sekali
Alamat: No 1, MARINA PUTRAJAYA, Jalan P5/5, Presint 5,
62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Contact:03-88811068
Untuk maklumat lanjut layari : Only Mee Facebook
*masih ada lagi entri #ETWPutrajayaFoodTrail, tunggu tau
#kitepunye #kitepunyedotcom #ETWPutrajayaFoodTrail #onlymee






