Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ke manakah kami untuk menikmati makan malam di sekitar Putrajaya untuk malam ke 2 #ETWPutrajayaFoodTrail? Di sini kami untuk malam ini…. UMAI CAFE
Sedikt informasi tentang Umai Cafe
Umai Cafe di buka sejak tahun 2005. “UMAI” ; perkataan umai berasal dari Jepun yang bermaksud SEDAP. Umai Cafe terletak di Anjung Alaf Baru, Precint 2, Putrajaya. Umai Cafe merupakan tempat makan malam untuk kami di malam kedua #ETWPutrajayaFoodTrail.
Pelbagai masakan dan minuman ada di sini. Masakan panas seperti mee rebus Umai, masakan utara seperti laksa dan bihun sup, nasi lemak, masakan panas seperti mee goreng, kuey teow goreng, mahupun masakan Thai. Makanan yang menjadi kegemaran pelanggan di sini adalah cekodok pisang , cucur udang, lempeng kelapa dan lempeng pisang.
Di sini terdapat 2 tempat makan iaitu di bawah dan di atas. Kalau inginkan pemandangan yang indah, KP rekomenkan untuk makan di atas di mana dapat melihat keindahan pemandangan Masjid Besi dan Tasik Putrajaya di waktu malam sambil menikmati hidangan.
Menu di Umai Cafe
Antara menu yang dihidangkan buat peserta #ETWPutrajayaFoodTrail ialah
Nasi Goreng
Ayam Goreng Kunyit Telur mata Bihun Sup Daging Tauhu gorengSup untuk bihun Mee kuning Telur rebus, sayur-sayuran dan cili merah
Kuah untuk mee kari Yang ini adalah yang menjadi kegemaran para pelanggan yang menikmati hidangan di Umai Cafe
Cekodok pisang Cucur Udang Lempeng Kelapa Lempeng kelapa di makan bersama sambal ikan bilis ataupun gula
Cucur udang di makan bersama sos cili dan kuah kacang.
Nasi Goreng dan ayam kunyit bersama telur mata. Mee kari – cukup rempah ratusnya dan enak. Antara makanan yang di hidangkan malam ini.
Demonstrasi Masak dan Pertandingan Memasak
Pada malam itu juga ada di adakan demonstrasi masakan cekodok pisang . Ada juga disharekan sedikit tips seperti masukkan soda bikarbonat untuk menjadi lagi cantik dan bulat. Ingatkan berakhir disini rupanya tidak. Kami perlu memasak cekodok pisang dalam kumpulan . Kecoh sebentar suasana si ruang atas ini. Masing-masing ingin buat yang terbaik.
Ini adalah team kami dan juga eazy. Gambar credit pada eazy . Masak-masak cara kami, sekejap tambah gula sekejap tambah garam.Orang dok sibuk menggoreng kami sempat berwefie.
Masak cekodok pisang ini kalau di lihat mata kasar senang sahaja , cuma perlu lenyekkan pisang , masukkan tepung dan secubit garam dan gula untuk menjadikan ianya lebih manis. Kurang tepung keras, garam lebih masin, gula lebih nanti kencing manis.. (hahhahah)
TIPS: Awas ketika menggoreng kerana api yang panas bakal menjadikan cekodok hitam dan hangit. Pastikan ianya api sederhana. Walaupun malam itu KP dan team tidak memenangi cekodok yang paling sedap tetapi semangat berpasukan yang WIN di hati dimana target kami ialah untuk membuat yang terbaik.
Terima kasih sekali lagi buat Umai Cafe kerana memberi peluang untuk kami mengenali makanan kegemaran pelanggan sewaktu berkunjung di sini dan berkongsi rahsia masakan membuat cekodok . Lepas ni bolehlah buat cekodok yang gebu macam kat Umai Cafe . Ingin menikmati makan malam di sini , boleh hubungi atau layari
Alamat: Anjung Alaf Baru, Precint 2, Putrajaya Malaysia
Operasi : 9am – 11 malam
Contact:(Encik Amir) 0136067710 , (Shira) 0122396118
Website: Umai Cafe
*masih ada lagi entri #ETWPutrajayaFoodTrail, tunggu tau
#kitepunye #kitepunyedotcom #umaicafe #eattravelwriteputrajaya