Salam Aidiladha buat semua yang menyambutnya. Untuk anda yang bakal membawa pulang daging korban, jangan lupa simpan daging korban cara yang betul.
CARA SIMPAN DAGING KORBAN
JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM SIMPAN
Untuk tidak cuci dagaing korban sebelum disimpan di peti sejuk. Jika dicuci menggunakan air paip, takut nanti kuman boleh boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Nanti boleh menjejaskan kualiti daging sebelum memasak.
Disyorkan untuk mencuci bila ingin memasak daging berkenaan hendak dimasak
Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.
SIMPAN DALAM FREEZER
Kebiasaannya, daging disimpan didalam peti sejuk di ruang biasa atau ‘chiller’ selama 4 – 5 jam terlebih dahulu. Apabila daging sudah mula sejuk baru ditukarkan ke dalam freezer.
NAK SIMPAN DALAM KUANTITI KECIL
Simpan daging didalam kuantiti kecil bermaksud, potong terlebih dahulu kepada saiz kecil dan kemudian simpan dalam bekas atau plastik dalam 1/2 kg atau 1kg.
Jika hendak memasak baru ambil satu plastik demi plastik untuk memasak. Insyallah daging yang masih dalam freezer boleh bertahan lebih dari 1 tahun.
BOLEH KE CAIR DAGING DENGAN AIR PANAS
Letak daging beku di bawah air paip suhu biasa. Apabila daging mulai lembut baru basuh hingga bersih dah toskan. Daging sedia untuk dimasak. Apabila menggunakan air panas kerana ia boleh merangsang pembiakan kuman.
Credit: Chef Mawi Art Of Butchery Inovasi Evolusi -BUTCHERY TRADING & CONSULTANCY & https://www.facebook.com/FoodictedKitchenbyAnna