YURA YUNITA

YURA YUNITA TUNAI JANJI BUAT PEMINAT MALAYSIA, BEST KE?

YURA YUNITA TUNAI JANJI BUAT PEMINAT MALAYSIA, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sudah 10 tahun mencipta nama sebagai anak Seni. Ternyata nama Yura Yunita tidak asing lagi.

YURA YUNITA

Terkenal melalui lagu-lagi ciptaannya yang cukup puitis.

Setiap karya bekas peserta pertandingan realiti, The Voice ini bagaikan magis yang mampu menjadi penyembih jiwa buat si pendengar.

YURA YUNITA

TUTUR BATIN LIVE CONCERT

Konsert yang diadakan merupakan moment penting buat penerima Anugerah Artis Solo Wanita Pop Terbaik. Dimenangi sewaktu Anugerah Musik Indonesia 2022 baru-baru ini.

Zepp Kuala Lumpur merupakan lokasi pertama jelajah konsertnya.

YURA YUNITA



*Menjadi impian terbesar untuk mengadakan persembahan di Kuala Lumpur. Ini antara impian yang direalisasikan.

Saya bersyukur dengan komitmen yang diberikan semua pihak dalam menghasilkan konsert ini.

Paling indah, Kuala Lumpur merupakan lokasi pertama konsert sebelum konsert lain. Moga penghargaan ini melunaskan hutang saya pada peminat.

SEJAK ALBUM PERTAMA

Dari album pertama hingga Merakit dan kini Tutur Batin- ada banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama peminat.

Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur bakal menjadi pentas saya dan peminat berkongsi rasa.

YURA YUNITA

Selain dari meraikan kehidupan yang penuh berliku tetapi tidak pernah patah semangat untuk sentiasa berjuang.

Setiap daripada kita mempunyai dugaan berbeza. Cumanya saya diberi kelebihan untuk berkongsi melalui lagu-lagu ciptaan saya.

Terima kasih buat pihak penaja Renjana Ideas dan Wardah yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk menghiburkan para peminat disini.

BERBESAR HATI

Pihak kami berbesar hati membawa Yura ke Malaysia. Kini permintaan para peminat terjawab dengan kehadirannya.

Yakin dengan kemampuan yang dimiliki oleh penyanyi kelahiran Bandung ini. Pertunjukan Tutur Batin Live Concert bakal memukau peminat di Malaysia.

YURA YUNITA

“Karya Yura mempunyai aura yang kuat dan selalu berbicara mengenai semangat dan inspirasi dalam kehidupan.

Banyak menyentuh mengenai kelebihan dan kekurangan manusia sehingga mengajak kita agar kuat dan percayakan diri.

-kata Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar

Antara lagu yang bakal dinyanyikan ialah Dunia Tipu-Tipu, Cinta dan Rahasia juga Tutur Batin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge