Terpukau sebentar dengan koleksi 1001 Tales of Ariani! Tak percaya, apa kata singgah di Ariani sendiri.

1001 TALES OF ARIANI

ARIANI, jenama fesyen terkemuka Malaysia, dengan bangganya mempersembahkan koleksi terbarunya, ‘1001 Tales of Ariani’ dalam sebuah majlis pertunjukan fesyen yang meriah bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, semalam.

Acara ini tidak hanya tertumpu kepada pelancaran koleksi Lebaran 2024 tetapi juga mempamerkan inovasi dan kreativiti yang tiada tandingan dalam industri fesyen hijab dan busana Muslimah di Malaysia.

Istimewanya, majlis pada petang itu turut diserikan dengan kehadiran DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang berkenan berangkat mencemar duli ke majlis pertunjukan fesyen tersebut.

SOKONGAN BERTERUSAN

Dalam ucapan pembukaannya menyatakan kegembiraan dan rasa syukur atas sokongan berterusan yang diterima dari pelanggan setia ARIANI.

Beliau juga menekankan komitmen ARIANI dalam menyediakan produk berkualiti tinggi, yang menggabungkan elemen keselesaan, gaya dan nilai eksklusif.

-Ketua Pegawai Eksekutif ARIANI Textiles and Manufacturing (M) Sdn Bhd, Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip

GALERI ARIANI – TUDUNG

Majlis pertunjukan fesyen yang bertemakan Arabic ini dibuka dengan segmen Galeri Ariani, mempamerkan lebih dari 40 koleksi hijab.

Merangkumi tudung polos dan printed, dengan pelbagai rekaan seperti voile embroidery, embroidery plain, jacquard twill, koleksi popsicle, dan shawl bersulam.

Setiap koleksi direka dengan nuansa glamor dan penuh warna, menampilkan motif alam, flora, dan cetakan abstrak yang elegan dan praktikal.

ARIANI LUXE

Segmen kedua pada petang itu diteruskan dengan pertunjukan rekaan dari ARIANI LUXE, iaitu rangkaian koleksi hijab premium.

Direka oleh pereka berkemahiran dan berpengalaman dengan sentuhan artisan yang mahir dalam mereka bentuk pola dengan perincian lace dan Swarovski eksklusif.

Kesemua koleksi tudung ARIANI Lebaran 2024 ini disasarkan untuk semua wanita pelbagai peringkat usia.

KOLEKSI ARYAN

Menjangkau tahun kedua penubuhan, koleksi pakaian lelaki ARYAN turut menampilkan pelbagai rangkaian koleksi pakaian lelaki bermula dari kanak-kanak hingga golongan dewasa. 

Pertunjukkan fesyen pada petang itu memperlihatkan seleksi pakaian ARYAN seperti baju Melayu sedondon, kurta dan jubah.

Kesemuanya direka khas menggunakan produk dan material yang berkualiti serta penekanan kepada jahitan yang kemas dan terperinci. 

KEKAL 3 DUTA YANG SAMA

Pertunjukan fesyen ‘1001 Tales of Ariani’ pada tahun ini masih lagi mengekalkan 3 duta Ariani iaitu Lisa Surihani, Bella Dally & Uyaina Arshad

Menambah muka-muka baru gandingan para selebriti iaitu keluarga besar pasangan selebriti Amar Bahrin & Amyra Rosli serta Fyza Kadir sebagai wajah terbaru Ariani RTW Premium.

WARNA TRENDY 2023

RIANI RTW tampil 110 koleksi lebaran, banyaknya pilihan!Segmen ARIANI RTW menampilkan 110 koleksi lebaran yang merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah.

Menerusi koleksi ini, kesemua rekaan mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibrant yang menyerlahkan lagi imej kewanitaan pelanggan ARIANI.

Tatkala meraikan Aidilfitri serta turut mengangkat warna-warna ‘trendy’ yang menjadi pilihan ramai pelanggan pada tahun ini antaranya warna ‘Brick Orange’ dan ‘Lilac’.

READY TO WEAR [RTE]

Bersesuaian dengan konsep ready-to-wear, ARIANI RTW mahukan setiap wanita merasai pengalaman perayaan yang istimewa.

Perkenalkan harga mampu milik dan berbaloi untuk dimiliki disamping rekaan yang minimal dan elegan. Istimewanya tahun ini, setiap koleksi didatangkan dengan kepelbagaian size bermula XXS sehingga 6XL.

SEDONDON DENGAN SI CILIK

Malah pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya, ARIANI RTW turut melancarkan rekaan khusus bagi membolehkan para ibu bergaya sedondon dengan si cilik di hari raya.

THE PREMIUM SERIES

Kemuncak majlis pada petang itu adalah pertunjukan fesyen dari The Premium Series by ARIANI RTW.

Merangkumi jubah dan abaya premium serta koleksi kurung eksklusif khusus untuk pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif dan dijual dalam kuantiti yang terhad.

Penggunaan material berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori bertatahkan swarovski antara keistimewaan koleksi The Premium Series ini.

Majlis pada petang itu turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh artis-artis jemputan antaranya Jamal Abdillah bersama-sama anak beliau, Zaki Yamani dan Zizi Kirana.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge