1,000 Mickey Mouse Di Pavillion KL Sempena Krismas Cipta Rekod

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1,000 Mickey Mouse Di Pavillion KL Sempena Krismas Cipta Rekod| Pavilion Kuala Lumpur, destinasi membeli-belah utama Malaysia mencipta rekod, Malaysia Book of Records dengan “The Most Number of Mickey On A Christmas Tree” iaitu jumlah patung Mickey Mouse yang terbanyak di atas pokok Krismas.

Pokok Krismas Mikey Mouse ini adalah sebahagian daripada hiasan mall tersebut yang bertemakan “Disney Celebrate The Magic: Dream Christmas”’ sempena kempen “Visit Pavilion 2018” dengan kerjasama dari pihak Disney. 
Hiasan Krismas di Centre Court Pavilion KL akan berlangsung sehingga 1 Januari 2019. Pokok Krismas unik telah menjadi lokasi untuk berswafoto dengan 1,000 patung Mickey yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga kerja, rakan kongsi Disney dan Pavilion KL, penyewa, pelajar dan selebriti.

Kanak-kanak asnaf tersebut diraikan oleh Pavilion KL selaras dengan program tanggung jawab sosial (CSR). Dalam program ini, Pavilion KL akan menyumbangkan bantuan berjumlah RM100,000 kepada 20 buah rumah kebajikan di seluruh negara melalui dana yang terkumpul daripada jualan tiket untuk menaiki Pavilion Dream Express, sebuah keretapi mainan di Centre Court.

Kanak-kanak tersebut berpeluang untuk menaiki dan menikmati aktiviti-aktiviti ceria lain seperti membuat lencana dan tatu oleh dUCK, bergambar dengan menggunakan Huawei di Mickey Mirror Cube, menjamu selera di TGI Fridays dan membawa pulang hadiah pilihan masing-masing dari Toys R Us.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
Website Pavillion KL  www.pavilion-kl.com,
hubungi Pavilion KL’s Concierge di talian 03 2118 8833.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top