100% Mmmmm Susu Fernleaf Dari New Zealand Sesuai Untuk Semua
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
100% Mmmmm Susu Fernleaf Dari New Zealand Sesuai Untuk Semua | Jika anda biasa dan menggemari susu tidak kira susu berperisa original ataupun berperisa pastinya anda tahu yang susu terbaik bila dihasilkan dari bahan yang segar. Sama seperti Susu Fernleaf dimana ianya adalah hasil keluaran 100% susu dari New Zealand.

Para peladang di sini menjaga lembu-lembu ini supaya sihat dan dipelihara dengan sepenuh hati. Ini bermaksud lembu-lembu ini diberi kebebasan secara meluas dimana bebas untuk meragut di padang rumput. Sebanyak 90% masa lembu disini menghabiskan masa untuk meragut rumput dari rumput yang segar bagi menghasilkan susu dengan Vitamin D yang lebih tinggi dari lembu tenusu yang lain. Ia juga mempunyai banyak nutrien penting lain seperti protien yang berkualiti tinggi dan Vitamin A .Secara tidak langsung ianya menghasilkan susu secara 100% semulajadi.
Dari kajian banyak mengatakan yang pakar-pakar Fernleaf mempunyai lebih dari 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu. Apabila mempunyai pengalaman yang lebih dari 100 tahun pastinya kualiti adalah yang dititikberatkan oleh mereka ini. Ini kerana apabila kualiti bagus pada setiap pengeluaran hinggalah ke produk penghabisan, ‘demand’ makin tinggi dari para pelanggan di luar sana.





